31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PM harap perwakilan diplomatik bawa nama negara lebih baik

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia  akan dapat membawa nama negara ke tahap lebih baik.

Perkara itu dikongsikan sempena menerima kunjungan hormat daripada Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang bakal memulakan tugasan baharu di negara-negara penempatan masing-masing kelak.

Menurut beliau,  Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia itu juga diharap dapat mempergiatkan lagi usaha menarik pelaburan asing yang berkualiti ke Malaysia.

“Banyak perkara yang kami bincangkan sebentar tadi, termasuk dalam mempergiat usaha menarik pelaburan asing yang berkualiti ke Malaysia.

“Saya turut berkongsikan hala tuju dasar luar Malaysia yang berteraskan konsep Malaysia Madani dalam kita mendepani cabaran semasa dan melangkah jauh lebih maju ke hadapan.,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia.

“Semoga nama Malaysia dapat dibawa ke tahap yang lebih baik,” katanya.

Dalam hantaran berasingan, Anwar memaklumkan beliau mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Alidan dan delegasi di Putrajaya, hari ini.

Menurut beliau, kerjasama kukuh antara Kerajaan Persekutuan dan Melaka akan terus dipererat terutama dalam aspek pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan