24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Lelaki tular pegang pistol, tangan bergari ditangkap polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki berjaya ditangkap polis susulan tular memegang pistol dalam keadaan tangan bergari di dalam sebuah kenderaan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, susulan penularan itu, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 89 Akta Polis 1967 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Menurutnya, siasatan lanjut kemudian membawa kepada penahanan suspek berusia 46 tahun itu di sekitar Kuala Lumpur.

“Polis telah merampas sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan berjenama.  Lelaki berkenaan kini direman selama empat hari bermula 18 Februari lalu.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan seterusnya akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, Noor Dellhan menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang yang diperuntukkan,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi enam saat di laman sosial memaparkan seorang individu memegang pistol dalam keadaan tangan bergari.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan