26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Turkiye dilanda gempa bumi kuat lagi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SATU lagi gempa bumi kuat melanda wilayah sempadan Turkiye dan Syria dengan kekuatan magnitud 6.3 pada kedalaman hanya 2 kilometer.

Memetik laporan AP, berdasarkan Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC), pusat gempa dikesan berhampiran bandar Antakya di selatan Turkiye di mana gegarannya turut dirasai di Syria, Mesir dan Lubnan.

Gempa pada jam 1.04 pagi (waktu Malaysia) turut diikuti beberapa gegaran susulan termasuk satu gempa bumi berukuran 5.8 magnitud.

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu mengumumkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 213 cedera selepas beberapa bangunan yang sudah rosak daGempa kali ini berlaku hanya dua minggu selepas kawasan itu musnah akibat gegaran lebih kuat yang mengorbankan lebih 47,000 orang dan merosakkan serta memusnahkan ratusan ribu kediaman. lam gempa bumi sebelumnya runtuh.

Jumlah korban gempa bumi kuat Turkiye kini mencecah lebih 41,000 orang.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan gempa dengan kedalaman 58 km itu berlaku pada jarak 114 km tenggara dari Adana, Turkiye.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Untuk rekod, pada 6 Feb lepas, gempa bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berpusat di Kahramanmaras telah menjejaskan 10 wilayah iaitu Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Hatay, Gaziantep, Malatya, Kilis, Osmaniye, Elazig dan Sanliurfa.

Lebih 13 juta penduduk terjejas dan beberapa negara di rantau itu termasuk Syria dan Lubnan yang turut merasai gegaran kuat.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan