28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Peruntukan RM30 juta untuk pembangunan TVET di CENTEXS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN mengumumkan peruntukan pembangunan RM30 juta bagi Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Komersial.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, berkata dana berkenaan, sebagai kolaborasi jangka masa panjang TVET dan CENTEXS, bagi meningkatkan kepakaran tenaga kerja khususnya dalam bidang teknologi dan tenaga boleh diperbaharui.

“Hari ini kali pertama saya hadir melakukan Lawatan Rasmi ke Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), Santubong, Sarawak.

“Saya melihat CENTEXS melalui anak syarikatnya CENTEXS Komersial telah berjaya menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah peningkatan kualiti TVET menerusi kerjasama dan perkongsian dua hala dengan pelbagai industri untuk peningkatan kualiti pelajar.

Advertisements

“Sebagai tanda sokongan dan harapan ingin melihat CENTEXS Komersial terus menjayakan agenda TVET di negara ini, saya telah mengumumkan peruntukan kerajaan terhadap pembangunan TVET berjumlah RM 30 juta kepada CENTEXS Komersial.

“Ia bagi memperkasa usaha pembangunan TVET kepada belia di seluruh negara untuk datang ke Sarawak dan belajar di CENTEXS, Sarawak,”katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, menjadi harapan beliau memperkasakan bidang tersebut.

“Saya berharap peruntukan dan sokongan ini dapat menterjemahkan kebersamaan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam mendukung aspirasi untuk memperkasa bidang TVET ini,”ujarnya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sukuk Wakalah Samaiden terima penarafan RAM

SAMAIDEN Group Berhad, pakar tenaga boleh diperbaharui (RE) yang terlibat terutamanya dalam kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) dan...

Lagi Artikel Berkaitan