26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Muda tidak pernah mohon sertai PN – Amir Hariri

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PARTI Ikatan Demoktik Malaysia (Muda) menegaskan mereka tidak pernah memohon untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) seperti didakwa Presiden Parti Gerakan, Datuk Dominic Lau.

Setiausaha Agung Muda, Amir Hariri Abdul Hadi berkata, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) tidak pernah membincangkan berkaitan penyertaan Muda ke dalam gabungan PN.

“Muda juga tidak pernah menghantar sebarang permohonan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi untuk menyertai PN.

“Sebarang kenyataan yang mengaitkan penyertaan MUDA ke dalam PN bukan dari Muda dan tidak mewakili parti,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Parti Gerakan mengalu-alukan Ahli Parlimen Muar yang juga Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyertai gabungan PN.

Dominic Lau berkata, pihaknya akan membawa perkara itu untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Tertinggi PN bulan ini bagi mendapatkan pandangan serta persetujuan semua parti komponen PN.

Amir Hariri berkata, komitmen Muda adalah memperkukuh kuasa ketiga dalam politik Malaysia dengan menjadi semak dan imbang kepada kerajaan.

“Dalam masa sama, kami menolak penggunaan isu kaum dan agama yang melampau untuk kepentingan dan tujuan politik,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan