27.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Himpunan Selamatkan Malaysia gagal patuhi APA 2012

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HIMPUNAN Selamatkan Malaysia yang berlangsung di ibu negara hari ini tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, perhimpunan yang dihadiri kira-kira 850 peserta itu, gagal memenuhi butiran diperlukan oleh Jadual 4 dalam Seksyen 10 akta berkenaan.

“Sehubungan dengan itu, polis akan memanggil sesiapa sahaja yang dipercayai mampu membantu siasatan berhubung himpunan terbabit,”katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Katanya, himpunan itu bermula pada pukul 1.15 petang di Masjid Jamek, Kampung Baru, kemudian berakhir pada pukul 3.30 di hadapan Kompleks beli-belah Sogo.

“Terdapat seramai 16 individu berucap di ketika berkumpul di hadapan kompleks beli-belah bagaimanapun tiada insiden kekecohan yang tidak diingini berlaku.

“Saya menekankan perkara ini dan pihak polis sebagai penguat kuasa undang-undang.

“Jadi kita berpandukan undang-undang iaitu APA 2012 yang menggariskan perkara yang perlu dipatuhi oleh polis dan penganjur khususnya Seksyen 9, 10 dan 11,”katanya.

Jelas beliau, mngikut Seksyen 9 penganjur perlu kemukakan permohonan dan Jadual 4 dalam Seksyen 10 pula ada format yang penganjur kena patuhi yang telah diperuntukkan undang-undang, mereka kena ikut format itu.

Advertisements

“Antaranya kena nyatakan dengan jelas siapa penganjur, kena dapatkan kebenaran pemilik premis dan tanah di kawasan perhimpunan diadakan, seterusnya sertakan sekali kebenaran itu dalam permohonan yang dibuat,”katanya.

Mengulas lanjut, Allaudeen memaklumkan dalam borang pemakluman yang perlu diisi penganjur harus menyatakan kebenaran pemilik tanah dan sebagainya dan perlu disertakan kebenaran terbabit.

“Polis memainkan peranan seperti memberi maklum balas selain mendapatkan pandangan penduduk dan pemilik harta sebelum program terbabit dilaksanakan.

“Buat masa ini perhimpunan ini tidak patuh akta dan kita akan lihat kembali apa tindakan susulan yang wajar kita ambil,”ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan satu laporan polis diterima daripada penganjur berdasarkan tuntutan yang dibuat dalam perhimpunan tersebut.

“Polis akan mengkaji terlebih dahulu laporan itu untuk tujuan pengelasan kandungan,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan, polis telah menerima 22 laporan polis daripada individu yang tidak bersetuju dengan perhimpunan anjuran Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan