27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Mayat lelaki rentung dalam kereta tiada unsur jenayah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA unsur jenayah dikesan susulan penemuan mayat lelaki rentung dalam insiden kebakaran kereta di flat perumahan Desa Menteri, awal pagi tadi.

Sehubungan dengan itu, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M.Hussin Sollehuddin Zolkifly, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, terdahulu satu laporan polis diterima daripada orang awam mengenai kejadian kebakaran sebuah kereta jenis Ford Laser putih di tempat letak kereya berhampiran Blok 2, Flat Desa Menteri dalam kejadian yang berlaku kira-kira 2.39 pagi.

“Hasil siasatan polis di lokasi kejadian mendapati kebakaran itu menyebabkan seorang lelaki warga tempatan ditemukan rentung dalam kenderaan tersebut.

Advertisements

“Unit Forensik IPK Selangor hadir ke tempat kejadian untuk menyiasat punca kebakaran itu,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mayat lelaki berkenaan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

“Pihak polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” ujarnya.

Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam kenyataan mengesahkan seorang lelaki warga emas rentung dalam satu kejadian kebakaran kenderaan di perumahan flat Desa Mentari itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan