Tuesday, July 21, 2026

Lelaki warga emas rentung dalam kereta di Desa Mentari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran empat buah kenderaan di Desa Mentari Petaling Jaya, Selangor, awal pagi ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.45 pagi.

“Berdasarkan laporan awal, kebakaran melibatkan empat buah kenderaan yang diparkir iaitu jenis Ford Telestar, Naza Citra, Proton Wira dan lori satu tan jenis Daihatsu.

“Kereta Ford Telestar mengalami kebakaran 100 peratus, Naza Citra (50 peratus), Proton Wira terbakar lima peratus dan lori (satu peratus).

“Hasil pemeriksaan lanjut bomba mendapati terdapat seorang mangsa lelaki berusia 67 tahun yang berada di dalam kereta Naza Citra tersebut telah rentung akibat kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JBPM Selangor berkata, kebakaran berjaya dipadamkan.

“Bagaimanapun punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat yang rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan