33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Piala Malaysia: Perak bangkit ikat Sabah di Likas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERAK berjaya bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk mengikat Sabah FC, 2-2, dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.

Penyerang kebangsaan, Darren Lok meletakkan skuad Sang Badak di depan seawal minit keempat menerusi tandukan yang menewaskan penjaga gol Perak, T. Shaheeswaran.

Anak buah Yusri Che Lah bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-10 menerusi sepakan percuma cantik kapten pasukan, Luciano Guaycochea yang gagal diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat.

Pemain kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdhani terlepas peluang meletakan pasukannya di depan pada minit ke-19 apabila sepakan percuma yang melencong ke sebelah kanan gawang ditepis keluar Shaheeswaran.

Minit ke-38 menyaksikan pemain import Sabah, Ramon Machado de Macedo melakukan sepakan gunting di dalam kawasan penalti namun percubaannya sedikit tersasar.

Advertisements

Ramon akhirnya berjaya mencetak nama sebagai penjaring apabila menanduk masuk hantaran silang Saddil dari sayap kanan, hanya seminit selepas babak kedua bersambung.

Gol tersebut bagaimanapun tidak melemahkan semangat skuad Bos Gaurus apabila bangkit menyamakan kedudukan pada minit k-54.

Bermula daripada sepakan penjuru, Wan Zack Haikal Wan Nor melepaskan rembatan separuh voli yang menerjah ke atas jaring gawang untuk mengikat kedudukan 2-2.

Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam timbal balik di Ipoh pada 25 Sepetmber ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM laksana pebagai inisiatif untuk reformasikan pendidikan negara

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara. Menurut KPM dalam kenyataannya, ini termasuk pengstrukturan...

Lagi Artikel Berkaitan