27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Polis patahkan aktiviti penyeludupan bernilai lebih RM726 juta

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) berjaya mematahkan pelbagai aktiviti penyeludupan dengan nilai rampasan berjumlah lebih RM726 juta.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, ia hasil daripada beberapa operasi yang dijalankan seperti Op. Kontraban, Op. Tiris dan Op. Bersepadu Khazanah bagi tempoh 1 Januari hingga 14 September lalu.

“Melalui operasi-operasi yang dijalankan tersebut, seramai 3,764 individu telah ditahan.

“Selain itu, pelbagai barangan seperti ubat-ubatan palsu, barang tidak bercukai kastam, haiwan dan hidupan liar telah dirampas dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM726,441,416.62,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Hazani berkata, hasil risikan yang dijalankan wildlife crime bureau/perisikan siasatan khas (WCB/PSK), JKDNKA Bukit Aman bersama Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras telah melancarkan tiga serbuan di Kajang, Selangor pada 7 September lalu.

Ujarnya, hasil serbuan berjaya menumpaskan satu sindiket kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras tidak bercukai kastam serta pembongkaran kewujudan dua makmal haram memproses arak tiruan jenis liquor bagi pasaran di sekitar Lembah Klang.

Advertisements

“Seramai 10 individu terdiri daripada lima lelaki warga tempatan dan lima lelaki warga asing turut ditahan. Rampasan juga dilakukan terhadap sejumlah 73,800 karton rokok pelbagai jenis dan 24,573 kotak.

“Minuman keras jenis liquor yang kedua-duanya tidak bercukai kastam. Jumlah nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM36,083,010.25 termasuk nilai cukai,” jelasnya.

Beliau berkata, dalam serbuan tersebut, turut dirampas adalah peralatan dan mesin memproses minuman keras dan tiga kenderaan pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM395,575.00.

“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM36,478,585.25. Kesemua suspek telah ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor di bawah Seksyen 116C Akta Kastam untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan