33.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

Suzuki Motor mahu tingkat pelaburan di Malaysia

Mesti Baca

PENGELUAR motosikal terkemuka Jepun, Suzuki Motor Corporation akan meningkatkan pelaburan mereka dalam bidang pembuatan motosikal di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden Suzuki Motor, Toshihiro Suzuki ketika mengunjungi beliau di pejabatnya di Putrajaya, petang ini.

Anwar berkata, bagi tujuan tersebut Suzuki Motor akan bekerjasama dengan rakan teknikal tempatan, KMSB Motors Sdn Bhd.

“Sayugia, keputusan pelaburan ini amat saya alu-alukan hatta ia akan memberi manfaat kepada pelbagai pihak dalam rantaian industri pembuatan motosikal,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Isham Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Wira Arham Abdul Rahman dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KMSB, Ahmad Faez Tan Sri Yahaya.

“Saya singgung bahawa Kerajaan Perpaduan mengamalkan dasar memudahkan urusan pelabur dalam dan luar negara.

“Dengan kerjasama ini, saya berharap Malaysia akan terus menjadi pilihan pelabur-pelabur dari negara Jepun,” katanya menerusi Facebook beliau malam ini. – Edisi 9

Terkini

Taiwan naikkan subsidi penjagaan kanak-kanak bagi tingkatkan kadar kelahiran

TAIWAN akan menaikkan elaun penjagaan anak sekurang-kurangnya NT$1,500 (AS$46.52) sebulan mulai tahun depan sebagai inisiatif untuk meningkatkan kadar kelahirannya yang...

Lagi Artikel Berkaitan