Monday, July 20, 2026

Cubaan seludup 2,500 kura-kura ke India berjaya dipatahkan

Pemeriksaan lanjut menemui ribuan kura-kura spesies Red-eared Slider yang disembunyikan di dalam bagasi tersebut. Kesemua hidupan liar itu telah disita untuk siasatan lanjut

Mesti Baca

CUBAAN seorang lelaki warga India menyeludup keluar 2,500 ekor kura-kura bernilai kira-kira RM348,000 dari negara ini berjaya dipatahkan oleh sepasukan penguat kuasa Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam kelmarin.

Menurut Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), suspek yang dijadualkan menaiki penerbangan ke Bengaluru, India ditahan pada jam 10.05 malam di Pintu Perlepasan.

Bertindak atas maklumat, AKPS berkata, sepasukan pegawai penguatkuasanya dan anggota Keselamatan Penerbangan (AVSEC) telah melakukan imbasan ke atas beg suspek yang menunjukkan imej mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut menemui ribuan kura-kura spesies Red-eared Slider yang disembunyikan di dalam bagasi tersebut. Kesemua hidupan liar itu telah disita untuk siasatan lanjut,” kata kenyataan itu hari ini.

AKPS berkata, kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686].

Suspek warga India ditahan bersama 2,500 ekor kura-kura yang cuba diseludup di Terminal 1 KLIA malam kelmarin.

“Kejayaan ini adalah hasil pemeriksaan bersepadu dan kerjasama erat antara AKPS, KLIA, PERHILITAN, AVSEC dan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dalam mengekang aktiviti penyeludupan hidupan liar yang semakin berleluasa,” katanya.

AKPS akan terus mempertingkatkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang aktiviti penyeludupan yang menjejaskan biodiversiti negara. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan