26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Jual burung di pasaran gelap cecah RM25,000 seekor

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jual labah-labah berbisa Tarantula pada harga RM350 seekor manakala ular sawa Ball Phyton ditawarkan pada harga RM3,000 di pasaran gelap.

Memetik laporan Harian Metro, Itu antara kegiatan haram dilakukan seorang lelaki berusia 28 tahun yang ditahan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) susulan risikan dilakukan terhadap sebuah kediaman di Georgetown, Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Perhilitan Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, serbuan dilakukan tujuh kakitangan Unit Penguatkuasaan Jabatan Perhilitan Pulau Pinang jam 10 malam kelmarin.

“Ketika serbuan dilakukan, pasukan penguatkuasa terpaksa memecahkan pintu kediaman untuk memasuki rumah berikutan suspek enggan memberi kerjasama.

“Hasil penggeledahan dilakukan, kami menemui pelbagai spesies hidupan liar dilindungi yang dipercayai diseludup masuk ke negara ini untuk dijadikan haiwan peliharaan.

“Antara haiwan ditemui adalah lapan ekor burung spesies Moluccan Cockatoo, Umbrella Cockatoo dan Long-taled Chinchilla,” katanya.

Baca juga:   500 PPS sedia diaktifkan, hadapi taburan hujan tinggi

Menurutnya, burung bukan spesies tempatan ini dijual pada harga antara RM10,000 hingga RM25,000 seekor.

“Turut dirampas 10 ekor ular sawa, pelbagai spesies katak, mantis, 255 ekor labah-labah Tarantula dan 10 ekor kala jengking.

“Lelaki yang ditahan itu gagal menunjukkan dokumen atau surat kebenaran yang sah bagi menyimpan semua hidupan liar itu.

“Susulan itu semua hidupan liar berkenaan dirampas dan suspek disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Dianggarkan semua hidupan liar dirampas itu bernilai sekitar RM141,900,” katanya.

Baca juga:   13,034 kes harian baharu COVID-19, Selangor lepasi angka 6,000

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Poster tular pengeluaran terakhir RM100 hingga RM50,000 diluluskan KWSP palsu

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nafi meluluskan pengeluaran sebanyak RM100 hingga RM50,000 sebelum AidilFitri oleh Menteri Kewangan melalui poster...

Lagi Artikel Berkaitan