28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Dua lokasi PPVIN beroperasi akhir bulan ini – Khairuddin

Mesti Baca

CYBERJAYA – Dua lokasi Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) akan beroperasi selewat-lewatnya akhir bulan ini untuk pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, dua lokasi yang akan diberikan tumpuan ialah di sektor perladangan sawit di Ladang Tennameram di Bestara Jaya, Selangor dan Pusat Biokomposit dan Gentian (FIDEC) di Olak Lempit, Banting

“Nama khas untuk PICK di bawah sektor agrikomoditi dan perkayuan di Olak Lempit yang akan dilaksanakan ini ialah Program Vaksinasi Sektor Agrikomoditi atau Vaccination Programme for the Agricommodity Sector (VACOMS),’’ katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi juga amat menghargai penglibatan pemain industri daripada Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) bersama Sime Darby Plantation Berhad (SDPB) bagi pengoperasian PPVIN di Ladang Tennameram yang mensasarkan 6,400 pekerja dan penglibatan Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) bersama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) di FIDEC, Olak Lempit yang mensasarkan 7,800 pekerja.

“Kementerian amat mengharapkan lebih banyak PPVIN sektor agrikomoditi akan dapat dibuka oleh pihak industri serta persatuan bagi membantu Kerajaan menjayakan PICK dalam tempoh yang telah disasarkan bagi mencapai imuniti kelompok untuk menjayakan matlamat Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

“Walau bagaimanapun, pembukaan PPVIN yang seterusnya adalah tertakluk kepada pertimbangan serta kelulusan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF),’’ katanya.

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan