25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

215 Orang Asli Mersing ambil suntikan vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seramai   215 orang masyarakat Orang Asli menerima suntikan vaksin Covid-19 di Kampung Orang Asli Tanah Abang, Mersing, Johor, hari ini

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berkata, program itu adalah dengan kerjasama  antara Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Covid-19 Immunisation Task Force (CITF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta beberapa agensi kerajaan lain.

“Program tersebut merupakan salah satu daripada program outreach yang dilaksanakan oleh KPLB untuk mendekati masyarakat luar bandar bagi mendapatkan suntikan vaksin.

“Usaha ini untuk memastikan masyarakat luar bandar termasuk masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan dalam mendapatkan suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh negara,’’ kata kementerian itu melalui Facebook.

KPLB kata kenyataan tersebut sentiasa berusaha untuk memberi penerangan  mengenai kebaikan suntikan vaksin Covid-19 terhadap masyarakat luar bandar serta membantu memudahkan urusan pengambilan vaksin melalui pelbagai kaedah.

‘’Salah satunya adalah membawa PPV Bas Bergerak MARA Liner ke kawasan yang berdekatan dengan mereka,’’ kata kenyataan itu.

Melalui usaha-usaha itu, KPLB berharap kesemua 144,180 masyarakat Orang Asli di seluruh negara yang layak divaksin dapat menerima suntikan vaksin dengan segera bagi membantu kerajaan mencapai sasaran vaksinasi 80 peratus rakyat Malaysia sebelum akhir tahun ini.

 ‘’KPLB juga menyeru kepada masyarakat Orang Asli untuk mendaftar pengambilan vaksin Covid-19. Pendaftaran boleh dibuat di aplikasi MySejahtera atau secara manual melalui bantuan pegawai JAKOA Daerah dan Negeri masing-masing. 

‘’JAKOA sentiasa bersedia membantu masyarakat Orang Asli untuk mendaftar serta membawa masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman ke PPV untuk mengambil suntikan vaksin,’’ kata kenyataan tersebut. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan