25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Maritim Malaysia tahan kapal tunda tiada kebenaran bersauh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗥𝗨 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor menerusi Operasi Jangkar Haram telah menahan sebuah kapal tunda kerana disyaki berlabuh secara haram di perairan Johor Timur, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tunda sepanjang 74 meter yang berdaftar dari Panama itu telah ditahan di kedudukan 8.3 batu nautika timur Tanjung Balau,  Johor.

“Penahanan dilakukan oleh bot ronda Maritim Malaysia dalam satu rondaan operasi sekitar jam 1.30 petang semalam,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, daripada siasatan awal mendapati kapal tunda terbabit telah dikendalikan oleh 16 orang kru warga India dan kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan berusia antara 26 tahun hingga 50 tahun.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh.

“Sehubungan dengan itu, kapal berserta kru telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 491B (1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkara berkaitan, katanya, sejak dilancarkan pada 24 Mac lalu, Operasi Jangkar Haram telah menahan 50 buah kapal bagi kesalahan bersauh tanpa kebenaran.

“Pihak pemilik kapal dan nakhoda kapal dinasihati supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sekiranya ingin bersauh di perairan Malaysia,”katanya.

Sebarang aduan salah laku jenayah maritim di laut atau sebarang kecemasan, segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian (07-219 9404) atau talian kecemasan MERS 999. – EDISI 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan