24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ebit Lew minta maaf tak dapat jaga bapa sakit

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Bapa pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew disahkan sedang menghidap kanser perut tahap akhir.

Berita menyedihkan itu dikongsi beliau dalam rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Beliau masih dalam tempoh kuarantin selepas pulang dari menjalankan misi kemanusian di Palestin baru-baru ini dan meminta maaf kerana tidak dapat menjaga bapanya.

“Terima kasih KKM. Lama lagi kuarantin. Maafkan Ebit ya bapak. Ebit tak dapat jaga di saat begini.

“Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan ya,” katanya.

Dalam hantaran sama, Ebit turut memberitahu bahawa rindu terhadap bapa dan tidak pernah putus mendoakan kesejahteraannya.

“Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang dilakukan. Saya hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah,” katanya.

Sebelum ini, pendakwah bebas itu pernah memaklumkan kesihatan bapanya semakin merosot dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Advertisements

Berikut adalah nukilan Ebit berhubung keadaan bapanya seperti dipetik dari laman Instagram miliknya:

“Pohon doakan buat ayah saya yer..Dr kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua.

“Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full PPRdan test covid negatif. Terima kasih KKM. Lama lagi kuarantin.

“Maafkan ebit yer bapak. Ebit tak dapat jaga di saat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan ye.

“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya.

“Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila. Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya.

“Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang dilakukan. Saya hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya.

“Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah.” – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan