33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

PDRM diarah siasat kenyataan kontroversi Kit Siang

Mesti Baca

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan membuka siasatan berhubung kenyataan kontroversi yang dimuat naik oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berhubung isu yang menyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kenyataan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu didakwa berbaur hasutan dan boleh memecahbelahkan keharmonian masyarakat.

“Ini nampak kalau betul dia (Kit Siang) lakukan, apa masalah beliau dengan Allah? Walaupun dia tak kenal Allah, saya nak maklumkan, Allah adalah tuhan umat Islam.

“Saya mintalah kepada sesiapa pun, kalaulah Kit Siang lakukan sesuatu dan ditularkan ramai netizen, saya minta supaya PDRM siasat dan ambil tindakan.

“Kalau pun lain, bukan hanya Kit Siang tetapi mereka yang ada dalam negara, tolong bantu kita waktu ini untuk tidak pecah belahkan sesiapa,” katanya dalam sidang media Op Bantu di Kuala Lumpur hari ini.

Hamzah Zainudin
HAMZAH ZAINUDDIN

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Kit Siang didakwa memuat naik kenyataan yang mencetuskan kemarahan umat Islam tersebut dalam laman Facebook miliknya semalam.

Walau bagaimanapun, Kit Siang telah menarik balik kenyataan tersebut setelah dikecam oleh umat Islam.

Hamzah menambah, siasatan perlu diperluaskan kepada mana-mana individu yang dikenal pasti melakukan tindakan serupa.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, kenyataan kontroversi itu membuktikan sikap DAP tidak pernah berubah.

“Kit Siang mungkin boleh padam hantaran di Facebook miliknya yang mempermainkan atau mempersendakan Allah SWT.

“Namun di hati dan fikiran umat Islam tidak akan terpadam bahawa DAP adalah sebuah parti yang sangat rasis, cauvinis dan akan menjadi musuh umat Islam buat selama-lamanya!” tegasnya dalam hantaran Facebook.

MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN kenyataan kit siang
MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN

Antara individu yang tampil membuat laporan polis terhadap Lim Kit Siang ialah Setiausaha Agung Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Khalil Idham Lim.

Beliau berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Serai hari ini.

Khalil Idham mendakwa, kenyataan Kit Siang itu dianggap mempersendakan dan menghina Allah SWT serta Islam.

“Saya percaya tulisan Kit Siang ini adalah satu penghinaan ke atas Islam yang merupakan agama Persekutuan serta merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

“Ia mengembangkan permusuhan dan kebencian antara golongan penduduk yang berlainan di Malaysia serta merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” jelasnya.

Beliau juga telah mengarahkan UMMAH di setiap negeri dan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawahnya agar membuat laporan polis terhadap Kit Siang. – EDISI 9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan