30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 28, 2021

Bangladesh larang masuk pelancong dari 8 negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DHAKA – Bangladesh mengenakan larangan masuk kepada pelancong dari lapan negara, termasuk negara jiran, India yang disenaraikan dalam kumpulan negara berisiko tertinggi.

Memetik laporan Agensi Anadolu yang diambil dari kenyataan Lembaga Penerbangan Awam Bangladesh (CAAB), penduduk termasuk pelancong dari negara tersenarai berkenaan tidak dibenarkan masuk ke Bangladesh.

Negara tersenarai dalam kategori Kumpulan A termasuk India, Nepal, Botswana, Mongolia, Namibia, Panama, Afrika Selatan dan Tunisia.

Bagaimanapun, warga Bangladesh yang berkunjung di negara berkenaan dalam tempoh 15 hari lalu dan bukan bermastautin dibenarkan masuk dengan kebenaran khas.

Tambah kenyataan itu, kru kapal atau jurutera kapal yang telah menamatkan perkhidmatan di negara tersebut dalam tempoh 15 hari sebelum ini juga dibenarkan pulang selepas menyerahkan dokumen sah.

“Tetapi (mereka) wajib menjalani kuarantin 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, negara Asia Selatan dengan 166 juta penduduk itu telah melanjutkan larangan penerbangan domestik selama tujuh hari lagi sehingga 14 Julai berikutan peningkatan kes COVID-19.

Baca juga:   Tindakan tegas individu langgar SOP bazar Ramadan

Bangladesh pada Isnin, telah mencatatkan kes kematian dan kes harian tertinggi sejak pandemik bermula dengan 164 lagi orang meninggal dunia dan 9,964 jangkitan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian seramai 15,229 dan jangkitan sebanyak 954,881.

Terkini

Bekas mufti luah syukur Sittah Annur bertaubat

CYBERJAYA - Bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang juga bekas Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan