Wednesday, July 22, 2026

12 warga Bangladesh ditahan di KLIA tiada kaitan dengan DOF

Mesti Baca

JABATAN Perikanan Malaysia (DOF) tidak pernah mengeluarkan sebarang surat jemputan atau memberikan kebenaran kepada 12 warganegara Bangladesh yang dilaporkan cuba memasuki Malaysia menggunakan dokumen dan pakaian yang memaparkan logo jabatan itu.

DOF dalam satu kenyataan berkata, pemakaian pakaian dengan logo rasmi DOF oleh individu-individu tersebut merupakan tindakan berniat untuk mengelirukan pihak berkuasa. 

“Tindakan ini adalah satu perbuatan serius yang mencemarkan imej dan reputasi DOF sebagai institusi kerajaan yang bertanggungjawab dalam sektor perikanan negara,” kata kenyataan itu hari ini.

DOF turut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) atas tindakan pantas mereka yang  menghalang cubaan individu-individu ini untuk memasuki Malaysia. 

Katanya, kecekapan JIM dalam menangani isu tersebut adalah bukti komitmen mereka dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

“DOF menyeru orang ramai supaya berhati-hati terhadap pihak-pihak tertentu yang cuba menyalahgunakan nama, logo, atau identiti jabatan untuk tujuan yang tidak sah. 

“Sebarang maklumat mengenai aktiviti mencurigakan boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.

DOF juga, kata kenyataan itu, akan terus bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan.

Katanya, ini bagi memastikan langkah pencegahan yang lebih berkesan dapat diambil untuk mengelakkan insiden seperti itu daripada berulang.

Semalam, JIM berjaya menahan 12 warga Bangladesh cuba memasuki negara ini mengguna helah untuk tujuan lawatan sambil belajar sebagai pelatih Akademi Perikanan Malaysia.

JIM berkata, mereka mengemukakan surat jemputan daripada sebuah agensi dipercayai DOF yang beralamat di Kuching, Sarawak.

Bagaimanapun, kehadiran mereka diragui dan telah dirujuk ke Pejabat Operasi Imigresen untuk proses usaha wajar.

“Hasil pemeriksaan mendapati, surat kemudahan yang dibawa bersama kumpulan berkenaan disahkan tidak wujud,” kata JIM dalam kenyataan berasingan, semalam. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan