27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 15, 2025

Pearly-Thinaah buru gelaran pertama di Indonesia Masters

Mesti Baca

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah melangkah bergaya ke peringkat akhir badminton Indonesia Masters, sekali gus berpeluang cerah meraih gelaran pertama mereka tahun ini.

Pilihan kedua kejohanan itu berjaya menyingkirkan beregu Korea Selatan, Lee Yeon Woo-Lee Yu Lim 21-19, 21-16 di peringkat separuh akhir di Istora Senayan, Jakarta hari ini.

Lawan Pearly-Thinaah di ‘final’ esok ialah Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong, sekali gus menjadi misi membalas dendam setelah beregu Korea Selatan itu menewaskan mereka di separuh akhir Terbuka India minggu lalu.

Dalam aksi separuh akhir, beregu ketujuh dunia itu dicabar hebat oleh gandingan baharu Korea Selatan itu sehingga mereka tertinggal 4-11 pada set pertama.

Bagaimanapun, Pearly-Thinaah memperkemaskan permainan mereka untuk mengejar sehingga ke mata 10-12 sebelum menyamakan kedudukan 16-16.

Yeon Woo-Yu Lim berjaya menambah dua mata sebelum Pearly-Thinaah menyamakan kedudukan dan seterusnya memenangi set pertama 21-19.

Advertisements

Pada set kedua, pasangan negara bermain dengan lebih kemas dan memang 21-16 dalam  masa keseluruhan 52 minit.

Sementara itu, beregu lelaki kedua negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlepas tiket ke ‘final’ setelah disingkirkan oleh rakan senegara, Man Wei Chong-Kai Wun Tee 21-18, 21-15 dalam masa 32 minit.

Dalam perlawana akhir esok, Wei Chong-Wun Tee yang juga pilihan ketujuh kejohanan berdepan jaguh tuan rumah yang juga juara bertahan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Untuk rekod beregu negara itu belum pernah menewaskan pilihan pertama kejohanan ituoi dalam empat kali pertemuan mereka sebelum ini. 

Perlawanan akhir Indonesia Masters akan bermula pukul 2 petang waktu Malaysia. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga langkah Malaysia pastikan ASEAN kekal bersaing

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN tahun 2025 perlu melaksanakan tiga langkah utama jika mahu memastikan rantau ini terus kekal bersaing. Pensyarah...

Lagi Artikel Berkaitan