24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Rina santuni kumpulan sasar melalui Kembara Prihatin Negara

Mesti Baca

CYBERJAYA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun meneruskan usaha menyantuni komuniti khususnya kumpulan sasar melalui Kembara Prihatin Negara (KPN), hari ini. 

Melalui kembara di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Jelatek itu, beliau  mengagihkan barangan asas seperti beras, gula, minyak masak dan keperluan lain.

Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KWKM) dalam kenyataan melalui Facebook berkata,  ia bakal memanfaat kepada lebih 200 ketua isi rumah di perumah tersebut hasil sumbangan yang diselaraskan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Melalui usaha menyantuni mereka yang terjejas ini, JKM juga menjadi pemudahcara bagi menyediakan barangan keperluan khusus yang lain seperti ubat-ubatan atau barangan bayi.

Advertisements

“JKM juga menyediakan khidmat sokongan kaunseling untuk terus memastikan tanggungjawab menjaga kebajikan kumpulan sasar tidak pernah terhenti,” kata kenyataan itu.

Menurut KWKM, dalam usaha memperluaskan jaringan penyampaian bakul makanan, kementerian itu menyambut baik hasrat Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk berkolaborasi menerusi KPN dan Op Bantu. 

“Sumbangan akan diselaraskan oleh YKN dan JKM sebelum diagihkan menerusi KPN dan OP Bantu bersama Skuad Aman Wanita (AMANITA) di bawah PDRM serta anggota RELA di peringkat daerah masing-masing.

“Sejajar dengan konsep community engagement, KPN dan OpBantu akan membawa perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar lebih dekat dengan komuniti serta membantu masyarakat dalam usaha mengesan dan menangani gejala sosial untuk dipanjangkan kepada KPWKM sebagai tindakan intervensi bersama,” kata kenyataan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan