28.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 28, 2024

PBB tuduh Qatar beri layanan buruk 2 juta buruh Asia, Afrika

Mesti Baca

BONGKAR… Ketika stesen penyiaran Al Jazeera milik kerajaan Qatar mentohmah Malaysia kononnya mendiskriminasi pekerja asing, rupa-rupanya negara itu sendiri dikecam kerana buat ‘perangai’ lebih teruk.

Ibarat paku dulang, paku serpih, mengata orang tetapi dia pula yang lebih.

Begitulah bidalan yang sesuai bagi menggambarkan senario penindasan buruh di Qatar yang dibongkar oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Media antarabangsa melaporkan, sistem kasta di Qatar menyaksikan layanan berbeza mengikut negara dengan keutamaan ke atas warga dari benua Eropah, Amerika Utara, Australia dan negara-negara Arab.

Manakala rakyat dari rantau Asia Selatan dan sub-Sahara Afrika pula agak kurang bernasib baik apabila gagal dapat menikmati standard perlindungan hak asasi manusia seperti yang sepatutnya diterima.

Laporan badan dunia itu yang bakal dibentangkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB turut mendedahkan lebih dua juta buruh migran yang berpendapatan rendah datang dari dua rantau tersebut.

Qatar
Ramai pekerja asing diperlukan di Qatar bagi melancarkan pembinaan infrastruktur menjelang Piala Dunia 2022. Gambar: MidEast Posts

Meskipun hanya 18,500 orang bertugas bagi membina lapan buah stadium baharu untuk Piala Dunia FIFA 2022, namun puluhan ribu pekerja lagi terlibat dalam pelbagai projek yang berkaitan temasya itu.

Ini termasuk sektor pembinaan prasarana, hospitaliti dan keselamatan yang tidak dipedulikan oleh warga tempatan dan rakyat dari negara maju kerana menolak tawaran kadar gaji amat kecil.

Advertisements

Pelapor khas PBB mengenai isu rasis, Tendayi Achiume yang menulis laporan itu berkata, Qatar perlu membuat banyak cabaran yang agak kompleks bagi mematuhi tanggungjawab hak asasi antarabangsa.

“Buruh bergaji rendah ini berterusan menderita diskriminasi dan eksploitasi termasuk keadaan tempat kerja tidak selamat, ancaman rasis oleh polis dan dinafi akses ke tempat awam tertentu.”

Namun ramai dalam kalangan mereka takut untuk menuntut keadilan atas pelanggaran standard buruh kerana terikat kepada sistem pengambilan disebut kafala atau penajaan walaupun ia tidak seimbang.

Keadaan itu mengakibatkan mereka tidak boleh berpindah tempat kerja tanpa mendapat kebenaran daripada majikan berbanding rakyat bukan dari dua rantau berkenaan yang bebas bertukar pekerjaan.

Pihak berkuasa negara yang kaya dengan minyak itu pernah memaklumkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) PBB untuk menghapuskan sistem kafala dan diganti upah minimum tetapi usaha tersebut gagal dibuat.

Kerajaan Qatar dipercayai bertindak membatalkan lawatan Achiume yang dijadual pada Januari lalu ekoran hasil kajian laporan awal mengenai isu perhambaan moden di negara itu diterbitkan.

Dalam pada itu, FIFA selaku badan induk bola sepak antarabangsa yang pada 2010 memperakui hak Qatar sebagai bakal tuan rumah kejohanan berprestij tersebut, enggan mengulas laporan berkenaan.

Jurucakap FIFA di Switzerland bagaimanapun menegaskan bahawa pihaknya sedia bekerjasama dengan mana-mana agensi bagi memastikan tiada amalan diskriminasi dalam apa jua bentuk.

Advertisements

Terkini

Tarikh PRK Sungai Bakap ditentukan 6 Jun ini – SPR

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 6 Jun ini bagi membincangkan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Lagi Artikel Berkaitan