24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lelaki AS tampil 15 hujah kesilapan laporan Al Jazeera

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ketika rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera tetap mempertahankan dokumentari yang didakwa tidak berat sebelah, pencipta kandungan video Dustin Pfundheller semalam tampil dengan hujah kesilapan yang dilakukan media itu dalam laporan mereka.

Lelaki asal Amerika Syarikat (AS) itu mendakwa, terdapat 15 kesilapan utama yang dibuat Al Jazeera dalam dokumentari mengenai cara Malaysia mengendalikan penularan Covid-19.

Video bertajuk ‘Top 15 Mistakes in Locked up in Malaysia’s Lockdown video by Al Jazeera’ yang berdurasi 12 minit itu dilapor meraih hampir 300,000 tontonan dalam tempoh 24 jam dimuatnaik.

Pfundheller antara lain mendakwa, Al Jazeera silap apabila mengambil gambar dan video anggota pasukan keselamatan kerana perbuatan itu menjadi kesalahan di kebanyakan negara dan boleh dikenakan hukuman penjara.

Media itu turut mengabaikan keselamatan staf apabila membuat laporan di kawasan berisiko tinggi jangkitan Covid-19 dengan tidak memakai pelitup muka walhal anggota perubatan berhampiran lengkap memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE).

“Malah, Al Jazeera turut menghalang pengguna daripada membuat ulasan pada dokumentari itu dengan menyekat ruangan komen. Ini perbuatan tidak profesional,” katanya.

Menjelaskan dakwaan kerajaan Malaysia tidak respon dan enggan diwawancara media itu, Pfundheller mendakwa kerajaan Malaysia sebenarnya terlalu sibuk khasnya perlu menangani penularan Covid-19.

Advertisements

Pada dakwaan Malaysia bersifat perkauman, Pfundheller menegaskan jika andaian itu betul, pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas setiap individu yang kelihan seperti warga India, Bangladesh dan Pakistan.

“Ia bukannya isu perkauman sebaliknya isu pendatang tanpa izin yang merupakan dua perkara berbeza,” katanya.

Menceritakan pengalamannya, pekerja asing di Malaysia mendapat layanan lebih baik berbanding negara lain yang bersifat perkauman terhadap migran.

Langkah kerajaan melakukan operasi menangkap pendatang tanpa izin juga wajar kerana difahamkan sebanyak empat juta warga asing tanpa dokumen sah berada di Malaysia dan usaha mengesan dan merekod kesihatan mereka wajar dilakukan.

Sementara itu, Pfundheller dalam keterangan pada tajuk video di YouTube mengajak warganet berkongsi fakta yang tidak didedahkannya dalam klip tersebut.

Secara sinis, dia mendakwa video Al Jazeera juga mempunyai kebaikan apabila mengajak warganet berbincang secara baik melainkan komen itu disekat media berkenaan.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan