28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 7, 2023

Dokumentari kontroversi: Bukit Aman serbu pejabat Al Jazeera

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Polis hari ini menyerbu pejabat agensi media antarabangsa Al-Jazeera dan merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam dokumentari kontroversi rangkaian berita tersebut.

Rampasan itu dikatakan bagi membantu siasatan berhubung penerbitan sebuah dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang mendakwa Malaysia memberi layanan buruk terhadap warga asing ketika mengawal penularan pandemik Covid-19.


Memetik laporan MalaysiaKini, serbuan itu dilakukan oleh beberapa anggota polis di pejabat agensi berkenaan di tingkat 27, G Tower di sini.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid turut mengesahkan serbuan itu.

“Ya, pada pukul 11.30 pagi hari ini, (serbuan oleh) Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) bersama-sama pasukan dari SKMM,” katanya.

Difahamkan pasukan tersebut berada di pejabat Al Jazeera selama kira-kira satu setengah jam.Ketika serbuan dijalankan, beberapa wakil daripada agensi media tersebut turut berada di pejabat mereka.

DOKUMENTARI Al Jazeera, “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” membuatkan rakyat Malaysia berang dengan laporan media antarabangsa itu. – foto FACEBOOK

Sementara itu, Al Jazeera mengesahkan serbuan polis di pejabatnya di Kuala Lumpur pagi ini, sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dokumentarinya mengenai cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin ketika wabak Covid-19.

Pengurusan Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar mengecam serbuan itu dan menyifatkannya bukan sekadar serangan kepada pihaknya, tetapi terhadap kebebasan media secara keseluruhan.

Baca juga:   Hilang 13 September tahun lalu, ditemui ditanam dalam kebun

“Al Jazeera menggesa pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan jenayah terhadap wartawan kami,” kata Pengarah Urusan Al Jazeera English, Giles Trendle dalam kenyataan.

Baca juga:   Polis nafi wujud unsur intimidasi ketika rakam keterangan Rafizi

Menurut Trendle, tindakan menyerbu dan merampas komputer adalah satu peningkatan membimbangkan terhadap langkah menyekat kebebasan media oleh pihak berkuasa dan menunjukkan sejauh mana mereka sedia bertindak untuk menakutkan wartawan.

Beliau berkata, Al Jazeera mempertahankan laporan yang disiarkan dan wartawannya.

“Kakitangan kami melaksanakan tugasan dan tidak perlu menjawab atau memohon maaf. Kewartawanan bukan jenayah,” katanya lagi.

AL JAZEERA mendakwa program 101 East tidak termasuk dalam kategori filem yang memerlukan lesen.

Polis telah mula melakukan siasatan terhadap Al-Jazeera pada 10 Jun lalu setelah menerima beberapa aduan orang ramai berhubung penerbitan dokumentari berkenaan yang mengundang kebimbangan ramai pihak.

Dokumentari yang berdurasi 25 minit yang diterbitkan di YouTube itu turut menerima kecaman oleh rakyat Malaysia yang menyatakan laporan itu agak kurang tepat berhubung layanan kerajaan Malaysia terhadap warga asing ketika pandemik Covid-19.

Wartawan

Terkini

BN mesti menang semua kerusi diamanahkan pada PRN

BARISAN Nasional (BN) perlu menang di semua kerusi yang diperuntukkan kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri,...

Lagi Artikel Berkaitan