25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Finas, Jabatan Penerangan siasat Al Jazeera

Mesti Baca

KUANTAN – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sedang menyiasat Al Jazeera sama ada agensi berita antarabangsa itu ada mendapatkan lesen bagi menghasilkan dokumentari kontroversi, “Locked Up In Malaysia’s Lockdown”.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, syarat penghasilan setiap filem dan dokumentari di negara ini ialah syarikat atau produksi yang terlibat perlu mendapat izin daripada Finas.

Beliau berkata, kementeriannya menerusi Jabatan Penerangan juga akan menyemak pas akreditasi Al Jazeera yang membabitkan kebenaran media antarabangsa itu beroperasi di negara ini.

“Bagi Finas mudah saja iaitu sama ada memiliki lesen atau tiada lesen. Jika ada lesen OK, kalau tak ada lesen dikira salah,” katanya, di sini hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Nation of Women (NOW) Negeri Pahang di Kuantan hari ini, yang turut dihadiri Presiden NOW Haniza Talha dan Pengerusi Finas Zakaria Abd Hamid.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang dipetik agensi berita Bernamaberkata, dari segi Jabatan Penerangan pula, aspek yang dilihat ialah pelanggaran syarat akreditasi.

Advertisements

“… jika media antarabangsa itu langgar syarat akreditasi, kita batalkan akreditasi selepas mendapat hasil siasatan polis. Melalui pembatalan akreditasi, bermakna dia tak bebas untuk ke mana-mana sebab kad (media) itu dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan,” katanya.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani penularan Covid-19.

Polis dilaporkan telah memanggil pengendali Al Jazeera serta wartawan yang terlibat dalam penerbitan dokumentari itu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan yang dibuat menurut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan, selain Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sementara itu mengenai NOW, Haniza berkata badan bukan kerajaan (NGO) itu menyasarkan pertambahan ahli sehingga 50,000 menjelang akhir tahun ini berbanding kira-kira 30,000 orang sekarang.

Katanya, NGO itu mempunyai keahlian daripada pelbagai bangsa, fahaman politik dan kepakaran yang diharapkan dapat diguna bagi manfaat ahli-ahlinya.

Saifuddin dalam ucapannya sebelum itu menyarankan agar NOW menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (Mdec) bagi membolehkan ahli-ahlinya mengikuti latihan pemasaran dalam talian yang ditawarkan Mdec.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan