33.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Al Jazeera dakwa tak perlukan lesen hasil dokumentari

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera mendakwa program hal ehwal semasa secara mingguan, 101 East terbitan mereka tidak termasuk dalam kategori filem yang memerlukan lesen.

Ini sekali gus menolak dakwaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bahawa firma itu tidak mempunyai lesen yang diperlukan untuk menghasilkan dokumentari kontroversinya berhubung pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Pengarah Urusan Al Jazeera bahasa Inggeris, Giles Trendle berkata, berdasarkan definisi Finas, 101 East tidak termasuk dalam kategori filem yang memerlukan lesen.

“Tidak dapat mempertikaikan integriti kewartawanan kami, kami percaya pihak berkuasa kini mencuba muslihat baru dengan mendakwa kami tidak mempunyai lesen yang diperlukan.

“Kami tidak yakin ini ialah hujah boleh dipercayai. Malah, kami percaya ia bercanggah dengan garis panduan yang ditetapak pihak berkuasa berkaitan itu sendiri,” katanya menerusi satu kenyataan, malam tadi.

Finas sebelum ini dalam satu kenyataan mendakwa saluran televisyen berpangkalan di Doha itu tidak mempunyai lesen penerbitan filem atau pernah membuat permohonan surat perakuan penggambaran untuk menghasilkan dokumentari 101 East bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” yang disiarkan 3 Julai lalu.

Baca juga:   Lima negeri beralih ke Fasa 2 Kawalan Pergerakan PPN

Dokumentari selama 25 minit itu mengecam layanan terhadap PATI ketika Malaysia melaksanakan langkah membendung penularan Covid-19.

Susulan itu, polis menyiasat Al Jazeera di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.

Baca juga:   Permit kerja Md Rayhan yang terlibat dalam laporan Al Jazeera dibatalkan

Beberapa kakitangan Al Jazeera turut dipanggil ke Bukit Aman untuk disoal siasat pada 10 Julai lalu.

Wartawan

Terkini

Ab. Rauf bakal Ketua Menteri baharu Melaka?

SPEKULASI perubahan tampuk kepimpinan kerajaan Melaka bertiup kembali selepas nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan