25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jurufoto di India beri nama 3 anak ikut jenama kamera

Mesti Baca

TAKSUB… Gara-gara terlampau obses dengan dunia kamera, seorang lelaki di India sanggup menamakan tiga orang anaknya dengan jenama terkenal produk tersebut – Canon, Nikon dan Epson.

Menurut laman sesawang antarabangsa Oddity Central, jurugambar profesional yang bernama Ravi Shankar Hongal ini turut menetap di sebuah rumah tiga tingkat dengan reka bentuk ala kamera.

Difahamkan, beliau yang tinggal di bandar raya Belgaum, di negeri Karnataka, kira-kira 1,448 kilometer dari ibu kota New Delhi, memang amat terkenal kerana sering tampil dengan idea unik.

Demi minatnya dalam seni fotografi, Ravi turut membelanjakan sekitar 7.1 juta rupee (sekitar RM405,060) untuk mengubah suai kediamannya itu dengan reka bentuk unik seumpama lensa kamera gergasi.

Kisahnya disiarkan dalam blog All About Belgaum, yang mendedahkan ketaksuban Ravi terhadap seni fotografi sejak dari kecil dan biarpun bukan pelajar cemerlang, beliau yakin mampu hidup sebagai seorang jurugambar.

lmpian lelaki berusia 49 tahun itu akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau dapat membuka sebuah studio foto digelar sebagai Rani Krupa, dan uniknya bersempena nama isterinya, juga seorang jurugambar.

Advertisements

Bertitik tolak dari situ, Ravi semakin obses sehingga tiga anak lelakinya turut diberi nama dengan jenama kamera terkemuka antarabangsa meskipun beliau hanya menggunakan produk jenis Pentax dan Zenit.

Kediaman Ravi yang kelihatan unik dan diberi nama sebagai Click itu terletak di jalan 5th Cross, Shastri Nagar turut tular setelah disiarkan menerusi saluran video popular global, YouTube.

Anak sulung pasangan tersebut, Canon, 21, kini belajar di sebuah universiti tempatan manakala, Nikon, 18, penuntut di sebuah kolej dan yang bongsu, Epson, 13, masih di sekolah menengah awam.

Memang menarik kisah Ravi yang mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap bidang fotografi.

Namun tidak dinyatakan sama ada ketiga-tiga anak lelakinya turut berkongsi minat yang sama dengan Ravi dan isterinya.

Walau apa pun, bila sudah minat, kita pasti seronok melakukan bidang yang diceburi namun tidak ramai yang sanggup mengikut jejak langkah Ravi yang taksub dengan seni fotografi. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan