28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 7, 2023

Malaysia bantu India pindah teknologi industri sawit

Mesti Baca

NEGERI Telangana di India menyatakan hasrat untuk memohon bantuan kepakaran negara ini dalam bentuk pemindahan teknologi berkaitan industri sawit yang merangkumi aktiviti pengurusan tanaman sawit, pemprosesan minyak sawit dan ekosistem industri tersebut.

Hasrat tersebut disampaikan melalui telesidang antara Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dengan Menteri Hal Ehwal Pertanian, Pengguna dan Sivil Telengana, Singireddy Niranjan Reddy yang diadakan pada 18 Jun lalu.

Mohd Khairuddin berkata, India merupakan pengguna minyak sawit terbesar dunia yang memerlukan 25 juta tan minyak sayuran dan lelemak untuk kegunaan domestik setahun, berhasrat untuk mengimport minyak sawit serta hasil komoditi dari negara ini.

“Peluang ini akan digunakan oleh Malaysia untuk meningkatkan pasaran minyak sawit Malaysia ke India dengan lebih meluas melalui promosi dan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama kerajaan negeri Telengana.

“Selain industri sawit, kerajaan negeri Telengana juga berminat untuk memulakan penanaman buluh memandangkan Malaysia mempunyai pelbagai jenis buluh terbaik di dunia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Baca juga:   Sawit anugerah Allah yang tidak ternilai kepada Malaysia

Mohd Khairuddin memberitahu, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) amat mengalu-alukan hasrat tersebut dan bersedia untuk bekerjasama dalam berkongsi kepakaran selain teknologi untuk kepentingan bersama.

Beliau berkata, sebagai cadangan balas, KPPK telah menyampaikan hasrat dan harapan supaya India melalui Telangana dapat mempromosikan minyak sawit negara inisecara lebih meluas sebagai salah satu minyak sayuran yang digunakan dalam makanan di India.

Baca juga:   Syarikat sarung tangan getah, perabot diingatkan patuhi Akta 446

“Selain itu, kementerian juga memaklumkan keinginan untuk mendapatkan bekalan kayu cendana yang merupakan kayu bermutu tinggi di India bagi pembuatan minyak wangi,” jelasnya.

Mohd Khairuddin berkata, bagi menzahirkan komitmen, kedua-dua pihak bersedia untuk bekerjasama khususnya bagi tujuan pemindahan teknologi dalam bidang berkaitan yang akan dikenal pasti dan diperhalusi pada peringkat pegawai.

Jelas beliau, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengadakan lawatan teknikal bagi mengukuhkan kerjasama seperti mana yang dihasratkan selepas wabak COVID-19 berakhir.

“KPPK sentiasa beriltizam untuk memperluaskan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha memperkasa dan menjaga kepentingan industri komoditi negara,” katanya. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

BN mesti menang semua kerusi diamanahkan pada PRN

BARISAN Nasional (BN) perlu menang di semua kerusi yang diperuntukkan kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri,...

Lagi Artikel Berkaitan