Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dilaporkan telah dilantik sebagai penasihat agama kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Memetik laporan MalaysiaKini, sumber dari pejabat TPM mendedahkan lantikan beliau dibuat secara pro bono iaitu jawatan tanpa gaji.
“Beliau akan berkhidmat tanpa gaji,” jelas sumber itu.
Untuk rekod, Khairuddin bertanding mempertahankan kerusi parlimen Kuala Nerus sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu selepas mengisytiharkan keluar daripada PAS, namun tewas di kerusi berkenaan. – EDISI9