27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024

Dakwaan Saidatina Khadijah keturunan Melayu dongeng, dusta

Mesti Baca

DAKWAAN bahawa isteri Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah Khuwailid RA merupakan keturunan Melayu hanyalah dongeng dan dusta serta tidak wajar dihidangkan.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO Malaysia, Datuk Mohd Khairuddin Takiri Aman Razali berkata, dakwaan itu juga sekadar andaian untuk mengangkat kehebatan bangsa Melayu.

Beliau berkata, nasab Saidatina Khadijah sangat jelas dari keturunan Arab sama ada menerusi kedua-dua ibu dan bapanya sehingga Adnan daripada zuriat Nabi Ismail AS.

“Baginda bertemu nasab dengan Nabi Muhammad SAW pada moyang mereka iaitu Qusay bin Kilab. Semuanya masyhur tercatat dalam karya-karya nasab yang dikarang oleh para ulamak.

“Masyarakat tidak wajar dihidangkan dengan dongengan dan andaian atas nama mengangkat kehebatan bangsa Melayu sehingga sejarah nasab yang jelas melibatkan nasab isteri Rasulullah SAW pun mahu diselewengkan dan didustakan kononnya berketurunan Melayu,” katanya hari ini.

Lebih malang, beliau berkata, tidak kurang yang percaya dengan dongengan tersebut kerana teruja dengan sesuatu maklumat yang kononnya baru bagi mereka.

Advertisements

Sebelum ini tular rakaman video memaparkan seorang ahli akademi yang didakwa mengeluarkan kenyataan konon Saidatina Khadijah berasal dari alam Melayu.

Bagaimanapun ahli akademi tersebut, Prof Dr Solehah Yaacob mendakwa beliau tidak pernah mengeluarkan dakwaan sedemikian.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu percaya rakaman video itu sengaja dipotong dan disambung sehingga seolah-olah beliau yang membuat kenyataan tersebut.

Menurut beliau, pengkaji di negara-negara Arab tidak pernah menulis biodata Saidatina Khadijah secara terperinci.

“Memang beliau adalah seorang wanita paling kaya di Kota Mekah. Saya tengok banyak VTT (video Tiktok) yang mengatakan Khadijah itu dari alam Melayu. Saya rasa tersentak dengan pandangan itu.

“Sebab dalam pencarian saya penulis-penulis Arab tak menulis dengan terperinci siapa Khadijah ini. Maklumat setakat itu sahaja. Tiba-tiba kita dapat pula (pendapat mengatakan beliau) daripada alam Melayu, Khadijah adalah daripada sini,” katanya seperti dilapor media. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong titah siasatan segera, menyeluruh isu rumah amal GISBH

YANG di-Pertuan Agong,  Sultan Ibrahim menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta...

Lagi Artikel Berkaitan