25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

Molfix raikan kelahiran bayi merdeka di hospital terpilih

Mesti Baca

SEMPENA Hari Kebangsaan Ke-67, Molfix bersama MommyDaddy&i menjalinkan kerjasama istimewa dengan beberapa hospital terkemuka untuk menyambut kelahiran bayi  Merdeka yang telah lahir pada hari istimewa tersebut. 

Sebanyak lima hospital terkemuka dipilih untuk program tersebut iaitu Hospital Tunku Azizah, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (UPM), Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, Damansara Specialist Hospital 2, dan Ohana Specialist Hospital.

“Dengan kerjasama ini, Molfix telah menyediakan hamper istimewa yang mempunyai barangan Molfix yang dipilih dengan teliti ini dan direka untuk memberikan keselesaan, penjagaan, dan kegembiraan kepada bayi baru lahir dan keluarga mereka. 

“Inisiatif ini bertujuan untuk menghargai sokongan yang telah diberikan oleh para ibu bapa dan menegaskan komitmen Molfix untuk terus menyokong keluarga sepanjang perjalanan keibubapaan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Advertisements

Sejak memasuki pasaran Malaysia hampir tiga tahun lalu, Molfix telah mendapat sokongan hebat daripada ibu bapa sebagai lampin bayi berkualiti tinggi. 

Jenama tersebur telah menerima pelbagai anugerah termasuk Lampin Paling Inovatif, Lampin Tape Terbaik, dan Lampin Pants Terbaik di Parents’ Choice Awards pada tahun 2023 dan 2024. 

Molfix juga telah memenangi kategori Lampin Tape Terbaik dan Lampin Pants Terbaik di Anugerah BabyTalk Mama Papa pada tahun 2022 dan 2023, serta Lampin Penyerap Terbaik pada tahun 2024. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan