27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Pukul bapa dengan kerusi, berang ditegur baca doa buka puasa laju

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SEORANG bapa mengalami kecederaan di dahi setelah dipukul anaknya dengan kerusi hanya kerana menegur membaca doa berbuka puasa dengan laju dalan kejadian di rumah mereka, di Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian tersebut berlaku di kediaman mereka apabila suspek yang berusia 34 tahun tidak berpuas hati ditegur bapanya menghayun kerusi meja makan ke kepala mangsa selepas ditegur.

“Punca kejadian disebabkan anak lelakinya yang berusia 34 tahun membaca doa dengan laju untuk berbuka puasa sebelum ditegur oleh mangsa yang berumur 63 tahun.

“Suspek yang tidak berpuas hati menghayunkan kerusi meja makan ke kepala mangsa sehingga kaki kerusi itu patah.

“Seorang daripada anak mangsa kemudian meleraikan pergaduhan itu dan menghubungi pihak polis sebelum suspek ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Tambahnya, polis turut merampas kerusi meja makan yang digunakan suspek untuk memukul mangsa.

“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati mangsa mengalami kecederaan di dahi dan tapak tangan kanan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan / 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017.

“Seterusnya, suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang dan dibenarkan reman selama tiga hari sehingga Isnin,” jelas Zaid. – EDISI9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan