36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tiada ahli Parlimen BN kosongkan kerusi – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa tiada seorang pun ahli Parlimen gabungan politik itu yang akan bertindak mengosongkan kerusi masing-masing sekali gus menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Presiden UMNO itu berkata beliau sendiri telah melakukan kaji selidik ke atas semua ahli Parlimen BN dan ura-ura menjatuhkan kerajaan nyata tidak berasas.

“Saya nak tegaskan di sini BN tetap komited untuk meneruskan kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.

“Walaupun saya dengar ada yang nak gugat Kerajaan MADANI… ada 13 orang akan letak jawatan, kemudian 15 orang… hakikatnya, saya melakukan sendiri kaji selidik, tiada seorang pun yang akan meninggalkan atau mengosongkan kerusi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Perak di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong, hari ini.

Media sosial sebelum ini heboh melaporkan desas-desus mengenai Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dikatakan telah memiliki jumlah Surat Akuan Bersumpah yang mencukupi untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Terdapat juga laporan 15 ahli Parlimen BN yang akan meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil.

Mengenai Pilihan Raya Negeri di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri yakin usaha mewujudkan keserasian antara jentera parti dalam Kerajaan Perpaduan telah berjaya ditingkatkan manakala keserasian antara Kerajaan Perpaduan dan kerajaan negeri juga dilihat mulai kukuh. – BERNAMA

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan