25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lantai berminyak, penuh najis tikus, premis kotor diarah tutup

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LANTAI dinding dapur berminyak, berdaki hitam serta dipenuhi najis tikus dibahagian dapur, malah bahan mentah turut dibiarkan di lantai.

Itu antara kesalahan yang berjaya dikesan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika melakukan Operasi Sepadu Bersih (OSB) di beberapa premis sekitar ibu kota, Rabu lalu.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook, DBKL berkata, dalam operasi itu sebuah premis ditutup semasa operasi dilakukan kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan.

“Tindakan dibuat dibawah Undang-Undang Kecil 28 (1) Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.

“Ini kerana premis didapati meletakkan kerusi meja di siar kaki lima premis, bahan mentah diletak di atas lantai (kurang 20cm dari paras lantai) serta lantai dinding dapur kotor berdaki hitam dan berminyak,” katanya.

Advertisements

Tambah DBKL, premis itu juga didapati tidak memasang perangkap minyak, terdapat urungan najis tikus/lipas di bahagian dapur, pengendali makanan tidak mendapatkan suntikan Typhoid.

Selain itu katanya, pemilik premis turut menjalankan aktiviti mencuci pinggan mangkuk di belakang premis serta tidak mempamerkan lesen perniagaan dari Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Ujar DBKL, operasi tersebut telah melibatkan 32 anggota kesihatan dan sebanyak 64 buah premis telah dilawati, manakala 48 premis diperiksa.

“Bagaimanapun, 16 premis didapati tutup semasa operasi dilakukan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan