26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

4 juta pengguna terima bekalan elektrik percuma selama 3 bulan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Selepas menerima rungutan pengguna ekoran bil elektrik melambung tinggi secara tiba-tiba sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini kerajaan mengumumkan berita baik.

Sebanyak 4 juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan di bawah Bantuan Prihatin Elektrik tambahan.

Bernama melaporkan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pengguna yang terlibat akan mendapat bekalan elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun yang akan dikreditkan dalam bil bulan Julai.

“Pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi April, Mei dan Jun.

“Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April lepas,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bagaimanapun keputusan kerajaan itu dijangka tidak memenuhi kehendak pelanggan TNB yang masih belum berpuas hati dengan proses pengiraan bacaan anggaran ketika PKP sehingga bil melambung tinggi.

Seorang pengguna yang enggan dikenali berkata, dia masih tidak berpuas hati dengan penjelasan TNB bahawa peningkatan bil elektriknya disebabkan penggunaan tinggi sepanjang PKP.

Katanya, sepanjang tempoh tersebut dia menerima bil anggaran yang tidak jauh berbeza dengan bil sebenar berbanding sebelum PKP dan membuat bayaran penuh setiap bulan tanpa tunggakan.

“Tiba-tiba bil bulan Mei naik dari purata RM350 sebulan jadi RM1,200. Apakah TNB tidak mengambil kira bayaran yang dibuat oleh pengguuna sepanjang PKP?” katanya.

Katanya, bil percuma yang diberikan kerajaan tidak menyeluruh sebaliknya hanya kepada mereka yang tertentu sahaja sedangkan punca peningkatan bil tidak jelas. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan