29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PRK Chini: Mohd Sharim dijangka berdepan laluan mudah

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain, 41, dijangka berdepan laluan mudah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 4 Julai ini.

Ini berikutan lawan beliau adalah dua calon Bebas iaitu Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pekan, Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

Sehingga tempoh penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi ini, hanya ketiga-tiga mereka yang mengemukakan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon di Dewan Utama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pekan. Pahang.

Di atas kertas, Mohd Sharim tidak menghadapi masalah untuk menumbangkan kedua-dua calon Bebas tersebut memandangkan Chini merupakan kubu kuat BN.

TENGKU ZAINUL HISHAM

Bagaimanapun parti itu tidak boleh terlalu yakin dan gerakan kempen yang menyeluruh serta berkesan tetap perlu diadakan walaupun terpaksa mengikut prosedur operasi standard (SOP) mencegah penularan Covid-19.

Ini kerana kedua-dua calon Bebas tersebut dijangka akan dibantu oleh jentera dari Pakatan Harapan (PH) negeri yang sebelum ini dikatakan bersedia membantu selepas mereka tidak bertanding.

Pengerusi PH Pahang, Fuziah Salleh pada 7 Jun lalu berkata, gabungan itu akan menyokong calon Bebas selepas partinya, PKR dan PH mengesahkan tidak akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil tersebut.

Advertisements

Pencalonan Tengku Zainul Hisham pula dianggap kontroversi selepas Bersatu sebelum ini mengesahkan tidak akan bertanding dan akan menyokong calon BN.

PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lepas di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak PRU-11 pada 2004.

Pada PRU-14, Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan Mohd Fadhil Noor (Pas) yang mendapat 5,405 undi manakala Mohamad Razali Ithnain dari PKR sekadar memperoleh 1,065 undi.

Sementara itu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya menubuhkan tiga pasukan penguatkuasa kempen bagi memantau aktiviti calon termasuk memastikan SOP Covid-19 dipatuhi.

SPR juga menetapkan 30 Jun sebagai tarikh pengundian awal manakala keputusan undian dijangka diumum sebelum pukul 10 malam 4 Julai. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan