24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Syed Saddiq lupakah Utusan terkubur semasa PH berkuasa?

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh: UJANG HOBIN

SELAMBA YB Syed Saddiq belasah kerajaan kononnya sekat kebebasan media dan hak bersuara.

Puncanya dia kena panggil dengan polis sebab wawancara bersama Al Jazeera pada 6 Mac lalu.

Memang Ujang Hobin ingat sangat sebab mulut dia tak habis-habis sebut perkataan ‘kleptokrasi’.

Bila wartawan Al Jazeera tu cuit sikit pasal Tun Mahathir, terus dia pusing pasal kleptokrasi lagi.

Mungkin sebab dia masih muda, akal Syed Saddiq tak berapa panjang.

Tak hairanlah duit dalam peti besi kat rumah sendiri pun boleh hilang.

Agaknya Syed Saddiq sudah lupa nasib yang menimpa Utusan Melayu semasa rejim Pakatan Harapan (PH) berkuasa dahulu.

Tiada siapa pun dalam rejim PH yang peduli nasib bekas-bekas pekerja Utusan Melayu yang tiba-tiba hilang kerja.

Memang mereka sangat berdendam dengan Utusan Melayu yang lantang mengingatkan rakyat tentang apa yang akan berlaku jika PH diberi peluang menjadi kerajaan.

Selepas jadi kerajaan, rejim PH mula menekan Utusan Melayu dengan mengarahkan agensi-agensi kerajaan membatalkan langganan Utusan Malaysia dan Kosmo!.

Akibatnya, jualan akhbar-akhbar Utusan Melayu jatuh merudum, menyebabkan pendapatan yang diperolehi tidak mampu menanggung kos operasi dan liabiliti yang memang sudah sedia tinggi.

Advertisements

Agensi-agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pun segan-segan nak beli ruang iklan dengan Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia atau Kosmo!.

Semuanya tak mahu dilihat ada kaitan atau bersimpati dengan Utusan Melayu yang bersungguh-sungguh mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam daripada diancam puak liberal seperti rejim PH.

Memang puak liberal dan rejim PH sangat takut dengan Utusan Melayu sebab peringatan yang diberi kepada rakyat tentang perangai buruk mereka terbukti benar selepas PH menang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Jantan LGBT mahu diiktiraf sebagai wanita, aset-aset milik Melayu dan Islam dijarah seperti harta rampasan perang, penjawat awam kontrak yang sebahagian besarnya orang Melayu ditamatkan perkhidmatan semasa bulan Ramadan dan pengganas komunis mahu diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.

Semua isu itu dibangkitkan dalam Utusan Malaysia dan sentiasa mengisi muka depan agar menarik perhatian rakyat.

Biar mereka tahu tembelang sebenar rejim PH yang berpura-pura alim sedangkan perangai mereka sebenarnya sangat busuk.

Bagi melindungi niat serong mereka, Rejim PH menggunakan taktik memburuk-burukkan Utusan Melayu dengan menggelarnya penyebar fitnah, merosakkan perpaduan kaum, rasis, berfikiran sempit, antipembaharuan dan macam-macam lagi.

Ramai juga orang Melayu yang berpelajaran tinggi hasil perjuangan Utusan Melayu memastikan hak anak-anak bumiputera menerima peluang melanjutkan pengajian yang terpengaruuh dengan hasutan rejim PH.

Mereka lebih senang mengepit akhbar bahasa Inggeris di ketiak daripada membelek akhbar bahasa Melayu seperti Utusan Melayu.

Syed Saddiq mungkin salah seorang daripada mereka yang tersebut di atas.

Dipendekkan cerita, eloklah YB jaguh panjat pagar ini mengimbau kenangan pahit Utusan Melayu yang terkubur semasa era pemerintahan rejim PH yang zalim.

Itu belum lagi cerita pasal duit UMNO yang dibekukan sehingga menyebabkan parti tersebut tidak dapat membantu Utusan Melayu yang hampir tenggelam.

Siapa punya kerja tu YB Syed Saddiq? Salah Najib jugak ka?

Sebelum Syed Saddiq merepek lagi panjang pasal kebebasan media semasa era Perikatan Nasional (PN), eloklah dia kaji dulu kezaliman rejim PH terhadap Utusan Melayu.

Kalau tak faham jugak, Ujang Hobin cadangkan lebih baik tukar saja bangsa dalam surat beranak tu kepada bukan Melayu. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan