32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Ronnie bantah gandingan Mahathir-Anwar

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Beberapa jam selepas sebuah portal berita menyiarkan wawancara bersama Anthony Loke yang menggesa PKR menyatakan sama ada menyokong atau tidak cadangan gandingan Tun Dr.Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu menzahirkan bantahannya berhubung perkara itu tersebut.

Melalui catatan dalam Facebooknya, Liu bimbang Mahathir mungkin akan menggunakan kedudukan sebagai calon Perdana Menteri untuk melakukan tawar menawar dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Beliau mungkin akan bersekongkol dengan Muhyiddin dan Azmin Ali lagi jika tawaran itu bagus dan pinggirkan PH,” kata Liu.

Ketika pemimpin Warisan dan Amanah serta ahli Parlimen Bersatu yang menyebelahi Mahathir yakin beliau mampu meraih sokongan ahli Parlimen, Liu sebaliknya meragui kemampuan tersebut dengan menegaskan ”jika bekas Perdana Menteri itu gagal berbuat demikian, PH berhadapan dengan risiko kehilangan kredibilitinya sebagai gabungan politik.”

Turut dibangkitkan oleh Lui ialah adakah Yang di-Pertuan Agong bersedia berjumpa dengan Mahathir jika Ahli Parlimen Langkawi itu mempunyai cukup sokongan.

Turut menarik perhatian dalam komen Liu ialah bagaimana beliau turut meragui bahawa Mahathir akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar seperti mana dijanjikan.

Kalau mengikut apa yang diperbincangkan dalam kalangan kepemimpinan PH, Mahathir mahu memegang jawatan Perdana Menteri selama enam bulan sebelum diberikan kepada Anwar.

Tetapi Lui berhujah, ‘’Walaupun Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau mungkin menimbulkan masalah baru atau skandal untuk menyukarkan Anwar dan pemimpin PH. Mahathir mungkin kembali ke jalan lamanya lagi dan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri akan sukar untuk menghentikannya.’’

Tindakan Mahathir memungkiri janji kepada Anwar seperti mana berlaku sebelum ini turut mewujudkan kebimbangan kepada Liu yang menegaskan, Mahathir mungkin tidak mahu mengundurkan diri setelah enam bulan seperti yang dijanjikan dan sekali lagi menolak untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

“Dia mungkin mengundurkan diri dan keluar dari PH lagi. Atau dia mungkin hanya membubarkan parlimen,” kata beliau.

Sebelum ini pelbagai pihak menggesa supaya Parlimen dibubarkan jika berlaku sekali lagi krisis politik dan desas-desus juga mengatakan ia langkah terbaik untuk menamatkan segala kekusutan yang berlaku.

Dalam soal ini Liu mengingatkan bahawa dengan adanya persetujuan Mahathir dan Anwar sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, ia dapat menyebabkan Muhyiddin untuk mengadakan pilihan raya awal.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan