25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 17, 2021

MSM unjur capai hasil RM200 juta tahun ini

Mesti Baca

MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) menjangka mampu mencapai hasil kira-kira RM600 juta melalui eksport 200,000 tan produk gula bagi tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Khairil Anuar Aziz, jualan dan eksport produk gula MSM tahun ini juga disasarkan meningkat sehingga 350,000 tan.

“Setakat Mei 2020, syarikat telah mengeksport lebih 73,000 tan gula bertapis, gula cecair dan sirap gula dengan anggaran hasil RM157 juta,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kesembilan yang diadakan secara dalam talian di Wisma FGV, Kuala Lumpur, semalam.

MSM melepasi tahun kewangan 2019 yang mencabar dengan rancangan pemulihan yang mula membuahkan hasil berikutan kejayaan dalam pelaksanaan beberapa inisiatif.

Ekoran persaingan harga yang sengit, kadar penggunaan kilang rendah, kelemahan harga purata jualan (ASP) gula, kos kewangan yang tinggi serta penurunan jumlah eksport, antara strategi syarikat ialah mempelbagaikan pengkomersialan MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd (MSM Johor) pada April tahun lalu.

Beliau berkata, strategi yang bermula pada separuh kedua tahun kewangan 2019 untuk memaksimumkan potensi MSM Johor adalah termasuk pelan pemelbagaian produk secara agresif kepada gula pracampuran, gula cecair dan gula sirap bagi memenuhi permintaan industri di rantau Asia.

Baca juga:   Kerajaan baharu dicadang hadkan kementerian, tumpu pandemik

Khairil Anuar menjelaskan, pempelbagaian produk kepada segmen bukan gula bertapis termasuk produk-produk gula bernilai tambah serta varian gula sihat yang disasarkan akan keluar pada tahun kewangan 2020.

Baca juga:   Young entrepreneurs to represent Malaysia in the FedEx/JA ITC

“Ini dijangka akan memacu hasil dan meningkatkan kapasiti penggunaan di MSM Johor,” jelasnya.

Sementara itu, beliau menyatakan, MSM Johor telah mencapai kadar penggunaan tertinggi sebanyak 34 peratus sejak pengkomersialan pada April 2019 dan dijangka akan terus meningkat seiring pertumbuhan dalam permintaan eksport dan domestik, serta pelan rasionalisasi kumpulan dalam menyatukan kapasiti pengeluaran.

“Rasionalisasi operasi dari Perlis ke Johor seperti yang diumumkan baru-baru ini akan mengurangkan risiko gangguan bekalan secara signifikan dan mengurangkan kos operasi dan penapisan.

“Pada masa yang sama, MSM sedang bekerjasama dengan syarikat induknya, FGV Holdings Berhad (FGV) untuk memaksimumkan potensi aset-aset MSM di Chuping, Perlis,” ujarnya.

Langkah itu melibatkan pembangunan kawasan pertumbuhan pertanian baharu iaitu Lembah Makanan Agro FGV yang dijangka menyumbang kepada sektor makanan agro negara, di samping memperkasakan landskap sosio-ekonomi tempatan termasuk perniagaan dan peluang pekerjaan.

Tumpuan utama MSM kepada pemelbagaian termasuk potensi kerjasama dengan pemain industri makanan dan minuman bereputasi serta pembangunan produk hiliran seperti sirap berperisa dan susu pekat. – EDISI 9

Baca juga:   Video Mohamaddin dakwa Covid-19 konspirasi politik pula tular

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

JKM bantu 4,422 murid kematian ibu, bapa akibat Covid-19

CYBERJAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membantu seramai 4,422 murid kematian waris akibat pandemik tersebut sehingga rekod Isnin...

Lagi Artikel Berkaitan