Thursday, June 4, 2026

Tangani isu tanah ladang FGV ikut kaedah ‘Ihya Mawat’

Sebagai parti yang bertunjangkan Islam setiap sesuatu semestinya berdasarkan kaedah Islam bukan hanya undang-undang semasa - Mohd Khairuddin

Mesti Baca

KERAJAAN negeri Terengganu dinasihatkan agar menangani isu tanah ladang FGV Holdings Bhd (FGV) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di negeri itu mengikut kaedah ‘Ihya Mawat’.

Setiausaha Eksekutif Ulama UMNO, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia sebagaimana menurut hadis sahih riwayat Abu Dawud dan Tirmizi yang bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan bumi yang mati maka ia menjadi miliknya.” 

“Tanah diteroka, dihidupkan dan dibangunkan oleh FGV dan Felda dengan kelulusan dan pengetahuan kerajaaan negeri Terengganu sejak puluhan tahun untuk kepentingan rakyat Terengganu. 

“Semua kos penerokaaan, penanaman, pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan ditanggung oleh FGV dan Felda. Ia bukan penerokaan haram di atas tanah milik orang lain,” katanya hari ini.

Beliau mengulas tindakan Kerajaan Negeri Terengganu menyita tanah ladang yang diusahakan oleh FGV di negeri itu kerana mendakwa diusahakan secara haram sejak 40 tahun lalu.

Mohd Khairuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, sebagai parti yang bertunjangkan Islam setiap sesuatu semestinya berdasarkan kaedah Islam bukan hanya undang-undang semasa. 

“Tindakan menyita seolah mengusir tidak sepatutnya berlaku,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan