Tuesday, July 21, 2026

SJMC hospital pertama di Malaysia tubuh kelab alumni

Inisiatif tersebut membawa makna simbolik dalam usaha menghargai insan yang memulakan kehidupan di hospital itu sejak 40 tahun lalu.

Mesti Baca

SEMPENA sambutan ulang tahun ke-40, Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) melakar sejarah apabila menubuhkan Alumni Circle by SJMC, kelab alumni pertama yang diperkenalkan oleh sebuah hospital di Malaysia untuk individu yang dilahirkan di hospital berkenaan.

Keahlian percuma seumur hidup itu dibuka kepada semua yang kini berusia 20 tahun ke atas, bertujuan mengumpulkan generasi kelahiran SJMC dalam satu komuniti eksklusif yang menawarkan rangkaian profesional, aktiviti berimpak dan pelbagai keistimewaan kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif SJMC, Bryan Lin berkata, inisiatif tersebut membawa makna simbolik dalam usaha menghargai insan yang memulakan kehidupan di hospital itu sejak 40 tahun lalu.

“Bayangkan bayi-bayi yang dilahirkan ketika SJMC mula ditubuhkan. Hari ini, mereka telah menjadi pemimpin, ibu bapa dan profesional dalam bidang masing-masing. 

“Keahlian ini adalah cara kami memberi kembali kepada mereka, melangkaui penjagaan klinikal,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, penubuhan Alumni Circle bukan sekadar meraikan ulang tahun hospital, malah menjadi platform memupuk kebersamaan, seiring tema Transforming Care: 40 Years and Beyond.

Beliau berkata, antara manfaat yang ditawarkan termasuk diskaun 30 peratus pakej saringan kesihatan terpilih; diskaun 20 peratus bagi bilik hospital kategori tertentu sert diskaun sehingga 10 peratus untuk ubat-ubatan dan lain-lain.

Bagi meraikan pelancaran inisiatif itu, SJMC menganjurkan bengkel Pickleball pada Julai lalu yang menghimpunkan 48 peserta terawal daripada lebih 2,000 pendaftaran. 

Program itu bukan sahaja memperkenalkan gaya hidup sihat, malah membuka ruang perhubungan antara alumni dari pelbagai generasi.

Susulan sambutan menggalakkan, SJMC turut mengadakan sesi latihan CPR dan Basic Life Support (BLS) semasa Karnival Kesihatan & Kesejahteraan “Timeless Together: A Day for All Generations” Oktober lalu.

Program tersebut memberi peluang kepada peserta mempelajari ilmu penyelamatan nyawa dengan tunjuk ajar pakar SJMC. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan