Wednesday, July 22, 2026

MARA akan hantar semula pelajar perubatan ke Al-Azhar

Mesti Baca

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) akan menghantar semula para pelajar Melayu-Bumiputera dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Universiti Al-Azhar di Mesir.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, untuk itu beliau akan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar permohonan MARA itu dapat dibawa ke Jemaah Menteri.

Menurut beliau, ini susulan permintaan MARA untuk mendapatkan pengurangan yuran pengajian para pelajar tajaan agensi itu mendapat maklum balas positif daripada pengurusan tertinggi universiti terkemuka dunia itu.

“Insya-Allah, saya akan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar permohonan MARA kelak dapat diangkat ke Majlis Jemaah Menteri bagi MARA memulakan penghantaran semula pelajar Melayu mengikuti kursus perubatan, pergigian dan farmasi di Universiti Al-Azhar,” katanya hari ini.

Sebelum itu Asyraf Wajdi mengadakan pertemuan dengan Presiden Universiti Al-Azhar, Prof Dr. Salamah Abu Daud di kampus universiti itu di Kaherah, Mesir.

Hadir sama Naib Presiden (Penyelidikan dan Hal Ehwal Mahasiswa) Universiti Al_Azhar, Dr. Mahmoud Siddiq dan Penasihat Kanan Kepada Imam Besar Al-Azhar, Dr. Abdul Daim.

Asyraf berkata, hasrat beliau untuk melihat lebih ramai anak-anak Melayu dan Bumiputera profesional dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi dapat dilahirkan.

Pada masa yang sama, mereka mempunyai jati diri dan tasawwur Islam yang kuat berorientasikan Ulul-Albab.

Untuk rekod, MARA telah mengurangkan penghantaran pelajar perubatan ke luar negara, termasuk ke Mesir sejak 2015 lagi.

Pengerusi MARA ketika itu, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah itu diambil bagi mengawal dan mengelak lambakan graduan perubatan di Malaysia.

Pada masa yang sama, kata beliau, jumlah institusi pengajian di dalam negara juga semakin banyak dan mampu menampung keperluan negara. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan