29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023

Polis Bangladesh dikerah bersenam yoga elak jangkitan Covid-19

Mesti Baca

DHAKA – Lebih 6,000 anggota polis seluruh Bangladesh dijangkiti Covid-19 malahan 19 orang daripadanya maut, pasukan tersebut mula dikerah untuk melakukan senaman yoga.

Latihan jasmani purba India yang berusia lima ribu tahun ini bahkan dibuat secara beramai-ramai dalam usaha polis negara tersebut tingkatkan kesihatan dan elak daripada wabak virus maut itu.

Stesen penyiaran berita antarabangsa kerajaan China, CGTN melaporkan puluhan anggota polis ini duduk dengan kaki bersilang di laman balai, sambil hembus dan sedut nafas bersama-sama.

Mereka kelihatan bersemangat dan ceria mengambil bahagian dalam sesi senaman tradisional itu yang dianjur pihak atasan untuk kekalkan tahap kesihatan ketika diarah bertugas di lapangan.

Puluhan ribu anggota polis memainkan peranan penting dalam melaksanakan langkah perintah berkurung di negara seramai 168 juta penduduk itu sebelum kerajaan batal pada akhir Mei lalu.

Baca juga:   Mesyuarat Dewan Tertinggi BN sedang berlangsung

Namun, virus berbahaya tersebut sudah jangkiti ribuan anggota polis dan di ibu negara, Dhaka sendiri, sekurang-kurangnya 1,850 petugas pasukan itu dijangkiti termasuk 10 meninggal dunia.

“Mereka terdedah kepada risiko penularan ketika gigih memastikan rakyat mematuhi undang-undang,” kata Rajon Kumar Saha, jurucakap bagi divisyen keselamatan diplomatik polis Dhaka.

Sesi yoga itu yang sudah bermula pada Ahad lalu dipimpin jurulatih wanita, Shama Makhing dan buat peringkat awal, seramai 100 anggota pelbagai pangkat terlibat dalam senaman tersebut.

Baca juga:   Zahid dalam keadaan baik, sedang kuarantin kendiri

Walaupun ia sekadar latihan ringan, mereka yang memakai baju T warna putih dan seluar trek gelap itu masih diwajibkan menyarung pelitup muka dan dipisahkan dengan jarak satu meter.

“Ia penting demi memastikan mereka bebas tekanan fizikal dan mental semasa bertugas,” kata Rajon.

Bangladesh setakat ini telah catat 65,769 kes positif Covid-19 termasuk 888 kematian. – Agensi

Wartawan

Terkini

Lambang PN di 4 negeri dikekalkan hadapi PRN

MESYUARAT Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengesahkan kekal menggunakan lambang PN di empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah...

Lagi Artikel Berkaitan