28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

UAE denda netizen 1 juta dirham jika lap hidung guna mata wang sendiri

Mesti Baca

TEGAS… Asalnya ramai pengguna media sosial di Emiriah Arab Bersatu (UAE) cuba promosi gaya hidup sihat bagi kekang penularan Covid-19 dengan elak batuk kepada orang sekeliling.

Namun, ada netizen tempatan dikesan bertindak biadab dengan berjenaka jadikan mata wang negara itu sebagai ganti tisu bagi tutup hidup dan lap hingus mereka konon jaga kebersihan diri.

Justeru, pihak polis khususnya di wilayah Dubai mula bertindak tegas termasuk menangkap seorang remaja lelaki yang muat naik video menerusi media sosial dengan papar perlakuan jelik tersebut.

Menurut agensi berita rasmi negara itu, WAM, insiden dilaporkan berlaku pada bulan lepas dan minggu lalu, pihak pendakwaan berkata, banyak video aib sedemikian turut dikesan masyarakat.

Ia dilapor aktif dimuat naik netizen melalui aplikasi atas talian dikenali sebagai ‘My Safe Society’ yang mulanya diwujud bagi pupuk kesedaran komuniti bagi bendung jangkitan wabak Covid-19.

“Mata wang kebangsaan membawa nama rasmi dan lambang jata UAE dengan nilai moralnya lebih tinggi berbanding sekadar material kertas,” tegas jurucakap pejabat pendakwaan awam.

Justeru ujarnya, mana-mana individu yang didapati melakukan perbuatan berbaur hina ke atas mata wang itu jika sabit salah boleh dikenakan hukuman berat mengikut undang-undang UAE.

Berdasarkan peraturan, mereka yang ada niat sengaja mahu musnah atau koyak wang itu boleh didenda lebih 1,000 dirham (RM1,163) atau 10 kali ganda daripada nilai mata wang berkenaan.

Undang-undang UAE menetapkan pesalah kes hina lambang negara tersebut sebenarnya boleh dihukum penjara maksimum 25 tahun atau didenda tidak lebih 500,000 dirham (RM581,000).

Kesalahan ini malahan boleh dianggap jenayah serius jika disebarkan menerusi platform siber kerana hukuman diperuntukkan ialah penjara dan denda sehingga 1 juta dirham (RM1,163,000). – AGENSI

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan