28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kehadiran Bersatu buatkan MN ‘pening’ agih kerusi PRU-15

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kehadiran Bersatu yang dikatakan akan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) memeningkan Muafakat Nasional (MN) dalam menentukan kerusi yang akan ditandingi.

Sebelum ini UMNO dan Pas yang sudah menandatangani piagam kerjasama di bawah MN dikatakan telah hampir menyelesaikan isu pengagihan kerusi antara parti terbabit di seluruh negara.

Bagaimanapun, perkembanganan terbaru yang menyaksikan Bersatu yang kini menerajui negara melalui kerjasama Perikatan Nasional (PN) dikatakan akan bekerjasama dengan MN dalam PRU-15 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Seorang Ketua UMNO Bahagian berkata, kehadiran Bersatu telah mengganggu proses pengagihan kerusi MN yang dipersetujui sebelum ini.

“Inilah yang kami pening sekarang. Sebelum ini elok dah kita agih kerusi antara UMNO, Pas dan parti komponen BN.

“Bila timbul isu Bersatu, kami tak tahu nak letak kat mana. Takkan nak bagi kerusi UMNO yang tinggal satu di Parlimen ini,” kata beliau yang enggan dikenali.

Difahamkan berdasarkan agihan awal, tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen terbabit telah dibahagikan antara MCA, Pas dan UMNO.

Advertisements

Bagaimanapun Bersatu dikatakan sudah pasti akan mempertahankan salah satu kerusi DUN yang mereka menangi dalam PRU-14 lalu, walaupun kerusi itu sudah dipersetujui akan ditandingi calon UMNO.

Sebelum ini desas-desus menyatakan Bersatu yang kini ‘keseorangan’ selepas keluar dari Pakatan Harapan (PH) akan bertanding dalam PRU-15 atas tiket BN.

Perkara itu dapat dilihat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Chini apabila Bersatu mengumumkan tidak akan meletakkan calonnya, kerana sudah diwakili oleh BN dan akan membantu jentera BN mempertahankan kerusi tersebut.

Sementara itu, ketua bahagian itu berkata, walaupun isu tersebut agak rumit namun ia tidak menjejaskan gerak gempur parti dalam usaha memenangi pilihan raya umum kali ini.

“Sekarang ini gerak gempur kita adalah untuk memastikan pengundi membuat pilihan yang betul, tidak mahu lagi mereka membuat kesilapan seperti PRU-14 lalu.

“Kekalahan BN dalam pilihan raya lalu disebabkan pengundi terpengaruh dengan hasutan PH dan termakan janji-janji palsu mereka. Tapi kali ini kebanyakan mereka sudah sedar,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan