24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Gusti Nurul, puteri jelita yang menolak lamaran Sukarno

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh SITI AINIZA KAMSARI

BAHAGIAN 1

AGAKNYA bagaimanakah rasanya menjadi seorang yang punya nama dan gelaran yang sangat cantik? Secantik tuan badannya sendiri?

Penulis menyedari dirinya yang sangat memberikan daya untuk menjadi seorang wanita yang punya segala-galanya, sebuah cinta sejati!

Kebetulan sahaja kami punya ‘darah’ yang sama; Jawa! Tinggal lagi penulis; Siti Ainiza Kamsari tetapi dia; Gusti Raden Ayu Siti Nurul Kamaril Ngasarati Kusumawardhani.

Pernah dengar kisah unik mengenai Puteri dari Keraton Jawa ini? Puteri ini lebih dikenali sebagai Gusti Nurul.

Tetapi dengan pelbagai kelebihan yang beliau miliki Gusti Nurul turut terkenal dengan gelaran Kembang Mangkunegara!

Kerana kecantikan yang terpamer pada dirinya, Gusti Nurul berjaya meraih segala lamaran demi lamaran untuk dijadikan permaisuri!

Nurul

Seawal usia 15 tahun, kejelitaan wajahnya terpapar dalam majalah Life (popular di Amerika Syarikat) saat dirinya dirakam sedang menari di hari berlangsungnya perkahwinan Puteri Juliana dan Putera Bernard dari Belanda.

Akibatnya kejelitaan Gusti Nurul tersebar luas seantero maya dan sejak itu juga ramai yang jatuh hati….

Sukar untuk mengungkapkan akan parasnya yang mencairkan hati sesiapa sahaja yang memandangnya….

Sehingga akibat cintanya ditolak oleh sang Puteri, bekas Presiden Indonesia, Bung Sukarno merakamkan akan wajah si Puteri dalam sebuah kanvas lukisan yang digantung di istana Presiden.

Advertisements

Benar, sehinggakan Sukarno sendiri pernah cuba untuk menyunting bunga ini untuk dirinya dan cuba bersaing dengan ramai pria-pria bangsaawan lain yang cuba mendekati Gusti Nurul.

Nurul dilimpahkan dengan segala pemberian dan hadiah bagi memikatkan hatinya.

Malah ramai yang berani terus mengadap ayahandanya sendiri, Kanjeng Gusti Pangeran Adipati Arya Mangkunegara VII bagi melamar si Puteri.

Namun Gusti Nurul mampu menolak segala lamaran dengan baik. Beliau tidak perlu untuk semudah-mudahnya untuk menerima mereka walau kebanyakannya datang dari yang ternama.

Mungkin andai gadis yang lain, lamaran tidak mampu ditolak asal sahaja bakal bersalut segala kemewahan hidup.

Ini kerana dalam seawal usianya itu, Gusti Nurul sudah menyedari beliau tidak mahu dirinya perlu berkongsi dengan wanita lain untuk seorang yang bergelar suami.

Beliau menolak akan sebarang cubaan untuk menjebak dirinya dalam dunia poligami.

Tetapi setiap kali beliau menolak lamaran terutama dari kalangan yang bangsawan dan kaya, setiap kali itu jugalah beliau dikecam menolak tuah.

Tetapi bagaimana akhirnya? siapa yang berjaya akhirnya dipilih oleh sang Puteri untuk dijadikan suami?

Gusti Nurul benar-benar memecahkan tradisi supaya tidak terkongkong dalam memilih jodohnya sendiri.

Dengan siapa akhirnya? Atau beliau terus memiliih untuk menyendiri? – EDISI 9

Artikel ini dipetik dari Facebook Siti Kamsari.

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan