30.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 8, 2021

Korban terbaik di tempat sendiri – Ustaz Hafeez Firdaus

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

KUALA LUMPUR – Tarikh 9 Zulhijjah jatuhnya Hari Raya Aidiladha merupakan hari penting bagi umat Islam seluruh dunia.

Ini kerana pada hari tersebut ia ditakrifkan sebagai Hari Kesempurnaan agama Islam.

Allah berfirman di dalam Surah Al Maidah Ayat 3- dimana inilah diantara ayat terakhir yang diturunkan ke al-Quran.

” الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلامَ دِيناً”

Maksudnya: Hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu ke atas kamu dan Aku telah redha agama Islam ini menjadi agama untuk kamu.

Pengurus EZ Qurban Sdn Bhd, Ustaz Muhammad Hafeez Firdaus Toharudin berkata, ia adalah hari ulang tahun untuk agama Islam umumnya sama seperti ulang tahun kelahiran kita, anak kita, ibu bapa kita waima isteri tersayang juga.

Ibadah korban sebaik-baiknya dilakukan di tempat sendiri.

“Hari ulang tahun ini khusus disambut kemeriahannya dengan perlaksanaan korban di tempat sendiri.

“Malah kami di sini senantiasa mewar-warkan tentang ibadah korban setiap tahun bagi tujuan meraikan hari ulang tahun (Aidiladha),” jelasnya ketika dihubungi Edisi 9 di ibu pejabat di Batu Caves Centrepoint, Gombak baru- baru ini.

Aidiladha merupakan nilai kasih sayang kita kepada Allah dengan melaksanakan ibadah korban tersebut.

Walaupun ia bukanlah wajib namun perancangan untuk perlaksanaannya haruslah dilakukan awal seperti mana kita menyambut Aidilfitri.

Baca juga:   Kartel daging haram: Pemuda UMNO buat laporan polis

Menurutnya Aidilfitri adalah konsep menzahirkan kasih sayang kita kepada keluarga.

Sebagai contoh persiapan dengan pakaian, makanan, kepelbagaian kuih muih mahupun sampingan duit raya untuk anak- anak.

Sebaik- baiknya memang melakukan ibadah korban di tempat sendiri adalah diutamakan.

Persiapan awal seharusnya dilakukan dengan pemilihan lembu yang terbaik, sihat dan paling utama dapat memberi manfaat (agihan) kepada orang.

Baca juga:   Kerajaan, KWSP setuju permudah kelulusan i-Sinar - Tengku Zafrul

Lebih- lebih lagi jika kita mampu menyembelihnya sendiri. Jika tidak mampu, cukup dengan hanya menyentuh ataupun melihat sendiri binatang sembelihan korban tersebut.

“Waktu ini (ibadah korban) adalah masa terbaik untuk berniat dan berdoa dan inilah yang dapat memberi manfaat kepada diri sendiri di tempat sendiri,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, ibadah korban ini bukanlah hanya semata-mata untuk memberi makan (agihan) kepada fakir miskin tetapi konsep kecintaan kita kepada Pencipta.

Pendaftaran korban masih dibuka sehingga hari raya kedua iaitu pada 1 Ogos 2020. Hubungi 03- 618 61911 atau layari www.ezqurban.org/qurban2020. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

AARDO: Malaysia pandang serius capaian internet luar bandar

MALAYSIA mengambil serius terhadap kepentingan pembangunan infrastruktur termasuk capaian internet kepada masyarakat luar bandar dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19. Menurut...

Lagi Artikel Berkaitan