25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Chelsea belanja lagi, Liverpool julang trofi selepas 30 tahun

Mesti Baca

PENANTIAN Liverpool selama 30 tahun untuk menjulang trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris diraikan dengan manis apatah lagi berjaya menewaskan Chelsea 5-3 di Anfield, pagi tadi.

Namun ironinya, Liverpool sebelum ini sudah lebih awal dinobatkan sebagai juara apabila pencabar terdekatnya Manchester City ditumpaskan oleh Chelsea 2-1 pada 26 Jun lalu.

Ini berikutan, Manchester City tidak mampu menyaingi kutipan mata Liverpool meskipun liga masih ada berbaki enam perlawanan.

Mungkin secara kebetulan, ia seperti dua kali Chelsea memberi kemanisan kepada pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu dalam menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim 2019/2020 ini.

Dalam perlawanan pagi tadi, Liverpool beraksi garang dengan mendahului tiga gol hasil jaringan Naby Keita pada minit ke-23, diikuti dengan gol sepakan percuma T. Alexander Arnold pada minit ke-38 dan Georginio Wijnaldum pada minit ke-43.

Chelsea kemudian membuka jaringan menerusi penyerangnya, Olivier Giroud pada minit ke-45.

Babak separuh masa kedua perlawanan, tuan rumah menambah derita The Blues apabila Roberto Firmino menanduk cantik gol keempat Liverpool ke gawang Chelsea pada minit ke-55.

Namun, Chelsea yang terus mengasak berjaya menjaringkan gol kedua menerusi Tammy Abraham pada minit ke-61 dan jaringan ketiga oleh Chritian Pulisic yang mengawal bola dengan kemas dalam kotak penalti sebelum merembat kencang ke dalam gawang Liverpool pada minit ke-73.

Pada minit ke-84, Oxlade Chamberlain mengukuhkan kemenangan menerusi gol kelima Liverpool sebelum wisel perlawanan ditiupkan.

Kekalahan Chelsea itu juga membuatkan pasukan bimbingan Frank Lampard yang sebelum ini menduduki tangga ketiga liga dipintas Manchester United.

Sungguh pun begitu, dalam perlawanan sebelum itu, Manchester United pula gagal memanfaatkan peluang menjarakkan kutipan mata apabila sekadar seri dengan West Ham 1-1.

Ini bermakna, Chelsea perlu memburu tiga mata penting dalam perlawanan terakhir liga menentang Wolverhampton bagi memastikan kedudukan empat teratas liga sekali gus menempah slot untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara UEFA musim hadapan.

Lebih menarik, Leicester City yang kini berada di tangga ke lima pula sedang merebut slot berkenaan dan akan bertemu dengan Manchester United bagi perlawanan terakhir musim ini.

Maka pertemuan antara Leicester City dan Manchester United dijangkakan sengit berikutan kedua-dua pasukan mencari tiga mata penuh memandangkan buat masa ini mereka dibezakan hanya dengan satu mata. – Agensi

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan