25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 19, 2022

Apabila Tajuddin tegur Mukhriz, “macam bapa dia juga, tak habis-habis”

Mesti Baca

Zulkiflee Bakar
Penulis Khas Edisi 9

SELEPAS bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kelmarin ‘menyerang’ Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perbahasan di Dewan Rakyat, semalam anaknya pula, Datuk Seri Mukhriz berbuat demikian.

Bekas Menteri Besar Kedah itu membangkitkan isu penyelewengan syarikat 1MDB yang sudah pastinya dikaitkan dengan Najib.

Sememangnya rakyat sudah bosan mendengar modal yang sama daripada Dr. Mahathir dan Mukhriz, mungkin atas sebab itulah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bangkit mencelah menegur Ahli Parlimen Jerlun tersebut.

Tajuddin yang dikenali sentiasa lantang dalam bersuara berkata,:

“Saya rasa sedih dengan sikap yang ditunjukkan Yang Berhormat, balik-balik cerita Datuk Najib, 1MDB, Datuk Najib, 1MDB. Orang kata tak ada modal lain dah.

”Rakyat pun tak boleh terima. Ahli keluarga Yang Berhormat pun ada macam-macam cerita. Banyak kalau kita nak cerita… Jadi tak usahlah buat tuduhan seolah-olah menghakimi. Biarlah mahkamah (tentukan kes 1MDB). Ini balik-balik macam bapa dia (Dr Mahathir Mohamad) juga. Tak habis-habis.’’

Tajuddin Abdul Rahman ketika bangun menegur perbahasan Mukhriz Mahathir di Dewan Rakyat, semalam.

Teguran Ahli Parlimen Pasir Salak itu tepat kerana sepatutnya Mukhriz tidak perlu lagi membangkitkan atau melakukan strategi ‘serangan’ yang sama seperti bapanya ke atas Najib. Tindakan itu hanya menampakkan beliau kehabisan modal untuk berhujah, sama seperti Dr. Mahathir.

Mukhriz tidak perlu mengikut tindakan bapanya memperkatakan kes yang masih lagi dibicarakan di mahkamah kerana seperti mana kata Tajuddin biarlah mahkamah putuskan.

Baca juga:   42,166 individu dapat pekerjaan Januari lalu - Ismail Sabri
Baca juga:   Kali kedua pemimpin Pas jadi MB Kedah

Malangnya, politik anak beranak itu agak aneh. Mereka melakukan serangan demi serangan terhadap Najib walaupun bekas Perdana Menteri tersebut hanya Ahli Parlimen Pekan.

Mungkin mereka berharap dengan menggunakan strategi politik seumpama itu, rakyat akan membenci Najib seperti mana sebelum dan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tetapi Mukhriz sengaja melupakan bapanya sudah tidak popular lagi.

Sebagai contoh, setiap undian yang dilakukan dalam media sosial melibatkan Dr. Mahathir dan Najib, ia pasti berkesudahan Dr. Mahathir akan tewas teruk kepada Ahli Parlimen Pekan itu, malah populariti Najib jauh mengatasi Mahathir. Kalau undi melibatkan Mukhriz dan Najib, mungkin kata anak muda, ‘ke laut lah Mukhriz’.

Mukhriz seharusnya menjadi teguran Tajuddin untuk lebih matang dalam memperkatakan sesuatu, kalau daddy sudah membahaskan isu itu Mukhriz tak perlulah membangkitkan lagi.

Ia kerana tindakan itu hanya menampakkan dalam kepala Mahathir dan anaknya, tidak ada benda lain selain ‘Najib,Najib, Najib’.

Mungkin kalau dihitung jumlah mereka menyebut nama Najib dalam tempoh seminggu ini, rasanya ia lebih banyak berbanding mereka menyebut nama anak masing-masing.

Kata Mukhriz ketika membalas hujah Tajuddin, “kalau saya bukan sesiapa anda tak perlu takut dengan saya.”

Kalau itu hujahnya, bagaimana dengan Najib, beliau pun bukan sesiapa hanya seorang bekas Perdana Menteri dan kini hanya Ahli Parlimen biasa sahaja, kenapa Mukhriz dan bapanya terus menyerang Najib?

Baca juga:   Kenderaan tentera rejim Zionis ceroboh selatan Gaza
Baca juga:   Parlimen bersidanglah tapi jangan jadi gelanggang politik

Sebab itulah Tajuddin kata, “rakyat pun tak boleh terima”. Sebenarnya rakyat bukannya sahaja tak terima malah sudah muak dengan ‘politik Najib, Najib, Najib’ yang dibawa oleh Mukhriz dan Mahathir.

Sudah-sudahlah…

Terkini

Ustaz Kazim mohon bantuan cari penawar

PENDAKWAH bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memohon bantuan orang ramai yang boleh mengubati...

Lagi Artikel Berkaitan